Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 10: Yunus (Yunus) — Tilawah dan bacaan Al-Quran

Sura 10, Jonah (Younus)

YouTube · 26:58

Surah 10: Yunus (Yunus)

[10:1] A . L . R. (Alif. Lam. Raa - Huruf huruf) ini ialah bukti bukti bagi kitab yang penuh dengan kebijaksanaan (hikmah).

[10:2] Adakah terlalu sangat menghairankan bagi manusia yang kami telah meinspirasikan seorang lelaki seperti mereka? Dia (telah diinspirasikan untuk berkata), "kau mestilah memberi amaran kepada manusia, juga sampaikan berita berita baik kepada orang orang percaya yang mereka itu telah mendapat tempat yang tertinggi disisi Tuhan mereka." Orang orang yang ingkar itu berkata, "Ini adalah ahli magik yang pintar!"

[10:3] Tuhan kamu hanyalah Allah; yang Esa yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi selama enam hari, dan memegang segala kekuasaan. Dia yang menguasai segala perkara perkara. Tidak ada jaminan bagi sesiapapun, melainkan dengan mengikut kehendakNya. Itulah Allah Tuhan kamu. Kamu mestilah sembah Dia. Tidakkah kamu mahu merenungkan?

[10:4] KepadaNya tempat kembali kamu yang terakhir, kesemuanya kamu. Ini adalah perjanjian Allah yang sebenar. Dialah yang meinisiasikan kejadian, dan mengulanginya, demi untuk memberi ganjaran kepada orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar, dengan seksamanya. Bagi orang orang yang ingkar, mereka mendapatkan minuman yang amat memedihkan dari Neraka sebagai hukuman diatas keingkaran mereka.

[10:5] Dia Sahajalah yang menjadikan matahari bersinar, dan bulan bercahaya, dan Dialah yang membentuk fasa fasa supaya kamu dapat belajar mengira tahun tahun dan menghitung. Allah tidak mencipta kesemuanya ini melainkan hanya dengan tujuan yang tertentu. Dia telah menerangkan revelasi revelasi kepada orang orang yang mengenalinya.

[10:6] Tentu sekali, dengan pertukaran malam dan siang, dan apa yang Allah ciptakan disekelian cekrawala dan bumi, semuanya ini adalah tanda tanda bagi orang orang yang benar.

[10:7] Orang orang yang tidak menyangka untuk bertemu dengan kami, dan terlalu sibuk dengan kehidupan didunia ini dan berpuas hati dengannya, tidak ingin untuk mengambil peringatan dengan bukti bukti kami;

Al-Quran: Perjanjian Terakhir — Surah 10