Al-Quran 10:37 — Yunus (Yunus)
Quran ini tidak mungkin dikarang oleh yang lainnya melainkan Allah. Ianya mengesahkan semua perutusan perutusan yang terdahulu, dan kitab ini telah memberi penerangan yang cukup sempurna. Tidak ada sebarang kesilapan didalamnya; kerana ianya datang dari Tuhan semesta alam.
[10:36] Kebanyakan dari mereka hanya mengikuti terkaan semata mata, tetapi terkaan tidak boleh digantikan dengan kebenaran. Allah amat sedar akan apa apa yang mereka lakukan.
[10:38] Jika mereka berkata, "Dia menirunya," katakan, "Dan buatkan satu surah serupa ini, dan jemputlah sesiapa saja yang kamu inginkan, selain Allah, jika kamu sememangnya benar."