Al-Quran 2:150 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Dimana sahaja kamu berada, kamu mestilah memalingkan wajahmu (masa sembahyang) keMasjid Suci; dimana sahaja kamu berada, kamu mesti palingkan wajahmu (masa sembahyang) kearahan itu. Dengan demikian, manusia tidak akan dapat bertengkar untuk menentangmu, melainkan orang orang yang ingkar diantara mereka. Jangan kamu takut kepada mereka bahkan takutilah Aku. Dan Aku akan lengkapkan rahmatKu kepada kamu, supaya kamu mendapat petunjuk.
[2:149] Kemana kamu pergi, kamu mestilah palingkan mukamu (masa sembahyang) menghadap Masjid Suci (Masjidil Haram) Ini adalah satu kebenaran dari Tuhan kamu. Allah tidak pernah leka dari apa apa yang kamu semua lakukan.
[2:151] (Rahmat) yang mana dihantarkan rasul dari kalangan kamu untuk membacakan revelasi revelasi kami kepadamu, menyucikan kamu, mengajarkan kamu berkenaan kitab dan kebijaksanaan (hikmah), dan mengajarkan kamu apa yang belum pernah kamu ketahui.