Al-Quran 4:122 — Perempuan (Al-Nesa')
Dan bagi orang orang yang percaya dan mengamalkan kehidupan yang lurus, kami akan memasukkan mereka didalam taman taman yang mempunyai air sungai sungai yang mengalir, disana mereka akan tinggal berkekalan untuk selama lamanya. Itulah perjanjian yang benar dari Allah. Perkataan siapa lagi yang benar selain dari Allah?
[4:121] Kerana itu mereka telah mendapat azab Neraka sebagai tempat penginapan yang terakhir, dan mereka tidak akan dapat keluar daripadanya.
[4:123] Ini bukannya mengikut kehendak kamu, atau kehendak ahli kitab; sesiapa yang mengikuti syaitan akan menerima balasan, dan tidak akan ada penolong untuk membantunya bagi menentang Allah.