Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:153 — Perempuan (Al-Nesa')

Orang orang yang mempunyai kitab mencabar engkau supaya menurunkan kitab dari langit! Mereka telah meminta kepada Musa lebih dari itu, dengan mengatakan, "Tunjukkan kepada kami Allah dari segi fizikalNya." Lantaran itu, mereka pun disambar petir, itulah akibatnya kerana keberanian mereka. Tambahan pula mereka menyembah anak lembu, setelah kesemua mukjizat yang telah diperlihatkan kepada mereka. Tetapi kami memaafkan mereka dengan semuanya ini. Kami membantu Musa dengan memberikannya mukjizat yang nyata.

[4:152] Bagi sesiapa yang mempercayakan Allah dan para rasulNya, dan tidak membeza bezakan diantara mereka, Dia akan memberikan mereka ganjaran yang besar. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[4:154] Dan kami menaikkan Bukit Tuur diatas mereka, sedang kami mengambil perjanjian daripada mereka. Dan kami katakan kepada mereka, "Masuklah dari pintu gerbang dengan merendahkan diri." Dan kami katakan kepada mereka, "Jangan mencemarkan hari Sabat." Sesungguhnya kami telah mengambil daripada mereka dengan perjanjian yang serius.