Surah 81: Menggulung (Al-Takweer)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[81:1] Apabila matahari menggulung.
[81:2] Bintang bintang pun bertembung dengan satu sama lain.
[81:3] Gunung gunung akan dilenyapkan
[81:4] Pembiakan dihentikan.
[81:5] Binatang liar dikumpulkan.
[81:6] Lautan lautan menjadi terbakar.
[81:7] Roh roh dikembalikan kepada tubuh tubuh mereka.
[81:8] Bayi bayi perempuan yang telah ditanam hidup hidup akan ditanya:
[81:9] Kerana jenayah apakah yang dia dibunuh?
[81:10] Rekod rekod telah diperkenalkan.
[81:11] Cekrawala akan dilenyapkan.
[81:12] Neraka telah dinyalakan.
[81:13] Syurga dihadirkan.
[81:14] Tiap tiap roh akan ketahui segala apa yang dibawanya.
Rasul Allah Yang Di-Janjikan
[81:15] Aku bersumpah dengan seriusnya kepada bimasakti bimasakti.
[81:16] Yang berjalan dalam orbit orbit mereka dengan tepat.
[81:17] Malam apabila ianya jatuh.
[81:18] Dan pagi apabila ianya bernafas.
[81:19] Ini adalah perkataan dari rasul yang mulia.
[81:20] Mendapat kebenaran dari Yang Maha Pemilik bagi Tahta, dengan sokongan yang sepenuhnya.
[81:21] Dia mestilah dita'ati dan diyakini.
[81:22] Kawan kamu (Rashad) tidaklah gila.
[81:23] Dia melihatnya diufuk yang tinggi.
[81:24] Dia tidak menyembunyikan sebarang berita berita.
[81:25] Ianya bukanlah percakapan dari syaitan yang disingkirkan.
[81:26] Sekarang ini, kemana kamu akan pergi?
[81:27] Ini adalah mesej untuk kesemuanya manusia.
[81:28] Bagi orang orang yang inginkan untuk mencari kelurusan.
[81:29] Apa saja yang kamu kehendaki adalah menurut kehendak dari Allah, Tuhan bagi semesta alam.