Surah 88: Peristiwa Yang Amat Sangat (Al-Ghaasheyah)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[88:1] Adakah kamu sedar akan peristiwa yang amat sangat?
[88:2] Wajah wajah pada hari itu akan mendapat keaiban.
[88:3] Sukar dan keletihan.
[88:4] Menderita dalam api Neraka yang menyala nyala.
[88:5] Meminum dari pancuran yang berapi.
[88:6] Mereka tidak mempunyai makanan melainkan campuran yang tidak berguna.
[88:7] Ianya tidak akan menyehatkan, dan tidak juga mengenyangkan kelaparan.
[88:8] Wajah wajah lainnya pada hari itu akan menjadi sungguh gembira.
[88:9] Berpuas hati dengan kerja kerja mereka.
[88:10] Didalam Syurga yang tinggi.
[88:11] Didalamnya, tidak kedengaran yang sia sia.
[88:12] Didalamnya, pancuran pancuran yang mengalir.
[88:13] Didalamnya, ada segala perhiasan yang mewah.
[88:14] Dan minuman yang sedia ada.
[88:15] Dan kendi kendi yang tersusun rapi.
[88:16] Dan permaidani permaidani terbentang luas.
[88:17] Kenapakah tidak mereka merenungkan akan unta unta dan bagaimanakah mereka itu diciptakan?
[88:18] Dan langit bagaimanakah ianya dinaikkan.
[88:19] Dan gunung gunung bagaimanakah mereka itu dibina.
[88:20] Dan bumi bagaimanakah ianya dijadikan.
[88:21] Kau mestilah memberi peringatan, kerana misimu itu adalah untuk memberikan peringatan ini.
[88:22] Kau tidak mempunyai kuasa keatas mereka.
[88:23] Bagi orang orang yang berpaling dan mengingkarkannya.
[88:24] Allah akan mengkomitkan mereka kepada hukuman yang besar.
[88:25] Kepada kamilah destini mereka yang terakhir.
[88:26] Lalu akan kami memanggil mereka untuk diperhitungkan.