Surah 66: Larangan (Al-Tahreen) — Tilawah dan bacaan Al-Quran
YouTube · 3:57
Surah 66: Larangan (Al-Tahreen)
[66:1] Wahai kau nabi, kenapakah kau melarang apa yang Allah telah menjadikan halal bagimu, hanya kerana untuk menggembirakan isteri isterimu? Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[66:2] Allah telah mendekrikan untuk kamu undang undang mengenai sumpah sumpah kamu. Allah adalah Tuhan kamu, dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[66:3] Nabi telah mengamanahkan beberapa isteri isterinya dengan sesuatu kenyataan, lalu salah seorang dari mereka menyebarkannya. Maka Allah memberitahukan hal itu kepadanya. Lalu dia memberitahukan isterinya sebahagian dari isu itu, dan tidak memperdulikan sebahagiannya. Dia bertanya kepadanya, "Siapakah yang memberitahukanmu berkenaan ini?" Dia berkata, "Aku telah diberitahukan oleh yang Maha Mengetahui lagi Maha Perihatin."
[66:4] Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka hati hati kamu telah mendengarkan. Tetapi jika kamu bersatu untuk menentangnya, maka Allah adalah pihak berikatannya, dan begitu juga dengan Jibril dan orang orang percaya yang takwah. Juga, para malaikat adalah pembantu pembantunya.
[66:5] Jika dia menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan isteri isteri yang lain ditempat kamu yang lebih baik dari kamu; orang orang yang menyerahkan diri sepenuhnya (kepada Allah -Muslim), orang orang yang percaya (Mu'mens), ta'at, bertaubat, penyembah penyembah, - takwah, sama ada sudah pernah berkahwin, ataupun perawan perawan.
[66:6] Wahai kamu yang percaya, lindungilah diri diri kamu dan keluarga keluarga kamu dari api Neraka yang pembakarnya adalah dari manusia dan batu batu. Menjaganya adalah para malaikat yang tegas dan kuat yang tidak pernah mengingkari Allah; mereka melakukan apa saja yang mereka telah diperintahkan untuk melakukan.
[66:7] Wahai kamu yang ingkar, janganlah memintakan pengampunan hari ini. Kamu hanya dibalas terhadap apa yang telah kamu lakukan.
