Surah 66: Larangan (Al-Tahreen)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[66:1] Wahai kau nabi, kenapakah kau melarang apa yang Allah telah menjadikan halal bagimu, hanya kerana untuk menggembirakan isteri isterimu? Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[66:2] Allah telah mendekrikan untuk kamu undang undang mengenai sumpah sumpah kamu. Allah adalah Tuhan kamu, dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[66:3] Nabi telah mengamanahkan beberapa isteri isterinya dengan sesuatu kenyataan, lalu salah seorang dari mereka menyebarkannya. Maka Allah memberitahukan hal itu kepadanya. Lalu dia memberitahukan isterinya sebahagian dari isu itu, dan tidak memperdulikan sebahagiannya. Dia bertanya kepadanya, "Siapakah yang memberitahukanmu berkenaan ini?" Dia berkata, "Aku telah diberitahukan oleh yang Maha Mengetahui lagi Maha Perihatin."
[66:4] Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka hati hati kamu telah mendengarkan. Tetapi jika kamu bersatu untuk menentangnya, maka Allah adalah pihak berikatannya, dan begitu juga dengan Jibril dan orang orang percaya yang takwah. Juga, para malaikat adalah pembantu pembantunya.
[66:5] Jika dia menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan isteri isteri yang lain ditempat kamu yang lebih baik dari kamu; orang orang yang menyerahkan diri sepenuhnya (kepada Allah -Muslim), orang orang yang percaya (Mu'mens), ta'at, bertaubat, penyembah penyembah, - takwah, sama ada sudah pernah berkahwin, ataupun perawan perawan.
[66:6] Wahai kamu yang percaya, lindungilah diri diri kamu dan keluarga keluarga kamu dari api Neraka yang pembakarnya adalah dari manusia dan batu batu. Menjaganya adalah para malaikat yang tegas dan kuat yang tidak pernah mengingkari Allah; mereka melakukan apa saja yang mereka telah diperintahkan untuk melakukan.
[66:7] Wahai kamu yang ingkar, janganlah memintakan pengampunan hari ini. Kamu hanya dibalas terhadap apa yang telah kamu lakukan.
Orang orang Percaya Bertaubat
[66:8] Wahai kamu yang percaya, kamu mestilah bertaubat kepada Allah dengan satu pentaubatan yang kuat. Barulah Tuhan kamu akan menghilangkan dosa dosa kamu dan memasukkan kamu kedalam taman taman dengan air sungai sungainya yang mengalir. Pada hari itu, Allah tidak akan menghampakan nabi dan orang orang yang percaya bersama samanya. Cahaya mereka akan terpancar dihadapan mereka dan dikanan mereka. Mereka akan berkata, "Tuhan kami, sempurnakanlah cahaya kami untuk kami, dan ampunilah kami; sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Berkuasa." _
[66:9] Wahai nabi, tentanglah orang orang yang ingkar dan orang orang hypokrit dan berlaku tegaslah dengan mereka. Tempat tinggal mereka adalah diGehenna, dan destini yang azab.
Mitos bagi Perantaraan Berkecai
[66:10] Allah memberikan contoh contoh kepada orang orang yang ingkar isteri Nuh dan isteri Lut. Mereka telah berkahwin dengan kedua dua hamba hamba kami yang salih, tetapi mereka mengkhianati mereka dan akibatnya, mereka tidak dapat menolong mereka sedikitpun terhadap Allah. Kedua dua mereka itu telah dikatakan, "Masuklah keNeraka bersama sama orang orang yang patut menerimanya."
Contoh Tauladan Bagi Orang Orang Yang Percaya: Isteri Fir'aun
[66:11] Dan Allah memberikan sebagai contoh bagi orang orang yang percaya isteri Fir'aun. Dia berkata, "Tuhanku, binakanlah sebuah rumah untukku disisiMu didalam Syurga, dan selamatkan aku dari Fir'aun dan kerja kerjanya; selamatkanlah aku dari orang orang yang melampaui batas."
Maryam
[66:12] Juga Maryam, keluarga Ali-Imran. Dia menjaga kesuciannya, kemudian kami tiupkan kedalamnya dari roh kami. Dia mempercayai perkataan perkataan Tuhannya dan kitab kitabNya; Dia adalah seorang yang ta'at.