Surah 67: Yang Menguasai Kerajaan Kerajaan (Al-Mulk)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[67:1] Yang Maha Tinggi Sahajalah yang mana ditangan tanganNya bagi semua kerajaan, dan Dialah yang Maha Berkuasa.
Tujuan Kehidupan Kita
[67:2] Yang Maha Esa yang menciptakan kematian dan kehidupan dengan bertujuan untuk membezakan orang orang diantara kamu siapakah yang berlaku lebih baik. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Pengampun.
[67:3] Dia yang menciptakan tujuh semesta alam dengan berlapis lapis. Kamu tidak akan melihat sebarang kekurangan dalam penciptaan yang Maha Pengasih. Teruskanlah tengok; adakah kamu melihat sebarang kecacatan?
[67:4] Lihatlah dan lihatlah lagi; mata mata kamu akan berbalik dengan kehairanan dan dikuasai.
[67:5] Kami menghiasi cekrawala yang paling bawah dengan lampu lampu,dan melindungi dipinggir pinggirnya dengan pelancar pelancar untuk menentang syaitan syaitan; kami sediakan untuk mereka itu siksaan didalam Neraka.
[67:6] Bagi orang orang yang ingkar kepada Tuhan mereka, hukumannya adalah Gehenna. Betapa azabnya destini.
[67:7] Apabila mereka dicampakkan didalamnya, mereka mendengarkan kemarakan apabila ianya mebahangkan asap asap yang panas.
[67:8] Ianya hampir hampir meletup dari keberangan. Apabila saja sesebuah kumpulan dicampakkan kedalamnya, penjaga penjaganya akan menanyakan mereka, "Tidakkah kamu menerima seorang pemberi amaran?"
[67:9] Mereka akan menjawab, "Ya!, tentu sekali; seorang pemberi amaran telah datang kepada kami, Tetapi kami tidak percaya dan berkata, 'Allah tidak turunkan apa apa. Kamulah yang telah tersesat yang amat sangat.'"
[67:10] Mereka juga berkata, "Jika kami ada mendengarkan ataupun memahaminya, kami tidak akan berada diantara penghuni penghuni Neraka ini!"
[67:11] Lantas, mereka telah melafazkan dosa dosa mereka. Malang sungguh bagi penghuni penghuni Neraka.
[67:12] Bagi orang orang yang menghormati Tuhan mereka, apabila berseorangan didalam keadaan bersendirian, mereka telah mendapatkan pengampunan dan ganjaran yang besar.
[67:13] Sama ada kamu merahsiakan percakapan percakapan kamu, ataupun mengumumkannya, Dia amat sedar akan tersemat jauhnya fikiran fikiran.
[67:14] Bukankah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan? Sesungguhnya, Dialah yang Maha Menyedari lagi Maha Perihatin.
[67:15] Dia Sahajalah yang meletakkan bumi untuk menjalankan servisnya kepada kamu. Jelajahilah kepenjuru penjurunya, dan makan dari peruntukkan peruntukkanNya. KepadaNya sahajalah penghimpunan yang terakhir.
[67:16] Sudahkah kamu menjamin bahwasanya yang Esa dicekrawala tidak akan menyerang bumi dan menyebabkannya terguling?
[67:17] Sudahkah kamu menjamin bahwasanya yang Esa dicekrawala tidak akan menghantarkan ribut taufan keatas kamu? Maka dapatkah kamu mahu bersyukur dan menghargai amaranKu?
[67:18] Yang lain sebelum mereka telah mengingkarkannya; betapa dahsyatnya balasanKu!
[67:19] Tidakkah mereka melihat yang burung burung diatas mereka berbaris dalam barisan barisan dengan menyebarkan sayap sayap mereka? Yang Maha Pengasih sahajalah yang memegangkan mereka diatas angin. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Melihat akan segala sesuatu.
[67:20] Askar askar yang manakah boleh menolong kamu menentang yang Maha Pengasih? Sesungguhnya, orang orang yang ingkar telah ditipu.
[67:21] Siapakah yang akan dapat mengadakan untuk kamu, jika Dia menahan peruntukkan peruntukkanNya? Sesungguhnya, mereka telah terjerumus jauh didalam keterlaluan dan kebencian.
[67:22] Adakah seorang yang berjalan dengan wajah yang muram lebih baik bimbingannya, ataupun seorang yang berjalan lurus kejalan yang benar?
[67:23] Katakanlah, "Dia Sahajalah yang meinisiasikan kamu, dan memberikan kamu pendengaran, mata mata, dan akal akal. Jarang sekali dapat kamu bersyukur."
[67:24] Katakanlah, "Dia sahajalah yang meletakkan kamu dibumi, dan kepadaNya kamu akan dihimpunkan.
[67:25] Mereka mencabar: "Bilakah ramalan itu akan berlaku, jika sememangnya kamu yang benar?"
[67:26] Katakanlah, "Ilmu pengetahuan yang sedemikian itu adalah dengan Allah; aku tidak lebih dari seorang pemberi amaran yang nyata."
[67:27] Apabila mereka melihat ianya berlaku, wajah wajah orang orang yang ingkar itu akan bertukar menjadi menderita, dan ianya akan diumumkan: "Ini adalah apa yang pernah kamu mengejek ejekkan."
[67:28] Katakanlah, "Sama ada Allah berkeputusan untuk menghapuskan aku dan orang orang yang bersama samaku, ataupun mencucuri kami dengan belas kasihNya, siapakah yang boleh melindungi orang orang yang ingkar dari hukuman yang menyakitkan?"
[67:29] Katakanlahlah, "Dia adalah yang Maha Pengasih; kami percaya kepadaNya, dan kami yakin kepadaNya. Kamu tentu sekali akan mendapat tahu siapakah yang betul betul tersesat jauh."
[67:30] Katakan, "Apakah akan jadi jika air kamu menjadi surut, siapakah yang akan mengadakan untuk kamu air yang bersih?"