Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 68: Pena (Al-Qalam)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[68:1] Nun, pena, dan apa yang (manusia) tulis.

[68:2] Kau telah mendapat rahmat yang besar dari Tuhanmu; kau tidaklah gila.

[68:3] Kau telah mendapat ganjaran istimewa yang telah dikhaskan.

[68:4] Kau telah dirahmati dengan akhlak yang sangat mulia.

[68:5] Kau akan melihat, dan mereka juga akan melihatkan.

[68:6] Siapakah diantara kamu yang dikutuk.

[68:7] Tuhan kamu amat sedar orang orang yang telah sesat dari jalanNya, dan Dia amat sedar akan orang orang yang mendapat bimbingan.

[68:8] Janganlah menta'ati penentang penentang.

[68:9] Mereka menginginkan supaya kamu berkompromi, dan mereka juga akan berkompromi.

[68:10] Janganlah menta'ati setiap penyumpah yang bohong.

[68:11] Pemitnah, pengumpat.

[68:12] Pelarang pendermaan, pelampau, orang yang berdosa.

[68:13] Tidak bersyukur, dan tamak.

[68:14] Walaupun dia mempunyai banyak wang dan anak anak.

[68:15] Apabila revelasi revelasi kami telah dibacakan kepadanya, dia berkata, "Dongengan masa lampau!"

[68:16] Kami akan tandakan wajahnya.

[68:17] Kami telah mencuba mereka sebagaimana kami mencuba pemilik pemilik taman yang telah bersumpah yang mereka itu akan menuainya diwaktu pagi.

[68:18] Mereka terlalu sangat pasti.

[68:19] Laluan (ribut taufan) dari Tuhan kamu melaluinya sementara mereka sedang tidur.

[68:20] Pagi hari, ianya menjadi tandus.

[68:21] Mereka memanggil satu sama lain diwaktu pagi.

[68:22] "Marilah kita menuai tanaman."

[68:23] Diperjalanan mereka, mereka berbual sesama sendiri.

[68:24] Yang dari ketika itu , tidak seorang pun dari mereka akan menjadi miskin.

[68:25] Mereka terlalu sangat pasti dengan penuaian mereka.

[68:26] Tetapi apabila mereka melihatnya, mereka pun berkata, "Kamilah yang bersalah!

[68:27] "Sekarang kami tidak punya apa apa!"

Mereka Sepatutnya Mengatakan: "Dengan Izin Allah." (Insha Allah)

[68:28] Yang benar diantara mereka berkata,"Jika hanyalah kamu telah mengagungkan (Allah)!"

[68:29] Mereka berkata, "Maha Suci bagi Tuhan kami. Kami telah melampaui batas."

[68:30] Mereka mulalah menyalahkan satu sama lain.

[68:31] Mereka berkata, "Malang sungguh bagi kami. Kami telah berdosa.

[68:32] "Semoga Tuhan kami memberikan kami yang lebih baik lagi. Kami bertaubat kepada Tuhan kami."

[68:33] Demikian itulah balasan. Tetapi hukuman diAkhirat adalah lebih dahsyat lagi, jika hanya mereka ketahui.

[68:34] Orang orang yang benar berhak, berada disisi Tuhan mereka, dengan taman taman yang indah.

[68:35] Mestikah kami memperlakukan orang orang yang menyerahkan diri diri (kepada Allah) sebagai penjenayah penjenayah?

[68:36] Apa salah dengan logik kamu?

[68:37] Adakah kamu mempunyai buku yang lain untuk didukung?

[68:38] Didalamnya, adakah kamu mendapati apa yang kamu mahu?

[68:39] Ataupun, sudahkah kamu menerima perjanjian yang serius dari kami yang kami akan memberikan kamu apa saja yang kamu inginkan diHari Kebangkitan kelak?

[68:40] Tanyalah mereka, "Siapakah yang memberikan jaminan ini kepada kamu?"

[68:41] Adakah mereka mempunyai pujaan pujaan? Biarkanlah pujaan pujaan mereka menolong mereka, jika sememangnya mereka yang benar.

[68:42] Harinya akan datang apabila mereka akan didedahkan, dan mereka akan dikehendaki untuk jatuh sujud, tetapi mereka tidak akan dapat melakukannya.

[68:43] Dengan mata mata mereka yang sugul, kehinaan akan meliputi mereka. Mereka telah diundang untuk jatuh sujud dimasa mereka sedang baik lagi berupaya.

[68:44] Dari itu, biarkan Aku membuat perhitungan dengan orang orang yang mengingkari Hadis ini; kami akan mengarahkan mereka supaya meneruskan sedang mereka tidak menyedari.

[68:45] Aku akan berikan mereka tali yang cukup; perancanganKu amatlah menggerunkan.

[68:46] Adakah kamu memintakan wang dari mereka, menjadikan mereka dibebankan dengan denda?

[68:47] Adakah mereka tahu tentang masa depan? Adakah mereka merekodkannya?

[68:48] Kau mestilah bersabar dan tabah hati dalam melaksanakan perintah perintah dari Tuhanmu. Janganlah jadi seperti (Yunus) yang memanggil dari dalam perut ikan.

[68:49] Jika ianya tidak kerana limpah kurnia Tuhannya, dia tentunya akan dicampakkan kepadang pasir sebagai pendosa.

[68:50] Tetapi Tuhannya merahmatinya, dan menjadikannya seorang yang ta'at.

[68:51] Orang orang yang ingkar menunjukkan cemuhan mereka dimata mata mereka apabila mereka mendengar mesej dan berkata,"Dia itu gila!"

[68:52] Sebenarnya ianya adalah mesej untuk dunia.