Surah 69: Tidak dapat Di-Pertikaikan (Al-Haaqqah)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[69:1] Yang tidak boleh dipertikaikan (peristiwa).
[69:2] Apakah yang tidak boleh dipertikaikan itu (peristiwa)!
[69:3] Ianya sebenarnyalah dan sememangnyalah tidak boleh dipertikaikan.
[69:4] Thamud dan 'Ad mengingkarkan yang Memeranjatkan.
[69:5] Bagi Thamud, mereka telah dihapuskan oleh kemusnahan (gempa bumi).
[69:6] Bagi 'Ad, mereka telah dihapuskan oleh ribut taufan yang berterusan.
[69:7] Dia melepaskannya keatas mereka, selama tujuh malam dan delapan hari, dengan kencangnya. Kamu dapat melihat yang manusia itu terpelanting seperti batang batang pokok palma yang sudah mati.
[69:8] Bolehkah kamu menjumpakan sebarang kesan tentang mereka?
[69:9] Fir'aun, dan yang lain sebelumnya,dan pendosa pendosa (Sodom) adalah zalim.
[69:10] Mereka telah tidak ta'at kepada rasul Tuhan mereka. Akibatnya, Dia membalas mereka dengan suatu balasan yang memusnahkan.
[69:11] Air bah telah memusnahkan, lalu kami membawa kamu diatas pelampung (bahtera).
[69:12] Kami menjadikannya suatu pengajaran kepada kamu, supaya sebarang telinga yang mendengarkan boleh memahaminya.
[69:13] Apabila terumpit ditiupkan sekali saja.
[69:14] Bumi dan gunung gunung akan diangkat dan hancur berderai; dengan betul betul kehancuran.
[69:15] Itulah harinya apabila yang tidak dapat dielakkan lagi akan berlaku.
[69:16] Cekrawala akan terbelah, dan jatuh dengan berkecai.
[69:17] Para malaikat akan berada disekeliling, dan tahta penguasaan Tuhan kamu akan meliputi didelapan (semesta alam).
[69:18] Pada hari itu, kamu akan didedahkan, tidak ada suatu apa pun dari kamu yang akan dapat disembunyikan. Orang Orang Yang Percaya
Para Mukmin
[69:19] Bagi seorang yang menerima rekodnya ditangan kanannya, dia akan berkata, "Marilah baca rekodku.
[69:20] "Aku benar benar percaya yang aku akan dipertanggungjawabkan."
[69:21] Dia sepatutnya mendapat kehidupan yang menggembirakan.
[69:22] Didalam Syurga yang tinggi.
[69:23] Buah buahannya mudah dicapai.
[69:24] Makan dan minumlah dengan gembira sebagai balasan terhadap kerja kerja kamu dimasa yang lampau.
Orang Orang Yang Ingkar
[69:25] Bagi dia yang telah diberikan rekodnya ditangan kirinya, dia akan berkata, "Aduhai, sekiranya tidak aku mendapatkan rekodku.
[69:26] "Sekiranya tidak payah aku mengetahui perhitunganku.
[69:27] "Aku kira kematianku adalah kekal.
[69:28] "Wangku tidak dapat menolongku.
[69:29] "Semua kekuasaanku telah hilang."
[69:30] Bawalah dia dan belenggukannya.
[69:31] Bakarkannya didalam Neraka.
[69:32] Didalam sebuah rantai yang tujuh puluh depa panjangnya, dan ikatkan dia.
[69:33] Kerana dia tidak mempercayakan Allah, yang Maha Besar.
[69:34] Tidak juga dia menganjurkan untuk memberikan makan kepada orang orang miskin.
[69:35] Akibatnya, dia tidak mempunyai kawan disini.
[69:36] Tidak juga makanan, melainkan beraneka makanan yang pahit pahit.
[69:37] Makanan untuk para pendosa.
[69:38] Aku bersumpah dari apa yang kamu lihat.
[69:39] Dan apa yang kamu tidak kelihatan.
[69:40] Ini adalah pertuturan dari seorang rasul yang mulia.
[69:41] Bukanlah pertuturan dari seorang penyair; jarang sekali kamu mempercayainya.
[69:42] Bukanlah pertuturan dari seorang tukang ramal; jarang sekali dapat kamu merenungkan.
[69:43] Sebuah revelasi dari Tuhan semesta alam.
Muhammad Di-Larang Dari Mengisukan Sebarang Ajaran Agama
[69:44] Jika sekiranya dia menyatakan sebarang ajaran yang lain.
[69:45] Kami pasti akan menghukumnya.
[69:46] Kami akan menghentikan revelasi revelasi kepadanya.
[69:47] Tidak ada sesiapa pun dari kamu yang dapat menolongnya.
[69:48] Ini adalah peringatan untuk orang orang yang benar.
[69:49] Kami tahu; ada dari kamu yang menjadi pengingkar pengingkar.
[69:50] Ianya hanyalah tetapi kesedihan bagi orang orang yang ingkar.
[69:51] Ianya adalah kebenaran yang telah dipastikan.
[69:52] Dari itu, kamu mestilah mengagungkan nama Tuhan kamu, yang Maha Besar.