Surah 70: Ketinggian (Al-Ma'aarej)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[70:1] Penyoal akan menyoalkan hukuman yang tidak boleh dielakkan lagi.
[70:2] Bagi orang orang yang ingkar, tidak ada siapa pun dapat menghentikannya.
[70:3] Dari Allah; yang Maha Pemilik ketinggian yang tertinggi.
[70:4] Para malaikat,* dan Roh Suci, dengan laporan laporan mereka, memanjat kepadaNya dalam satu hari yang mana sama seperti lima puluh tahun.
[70:5] Dari itu, kamu mestilah mengamalkan kesabaran dan belas kasih.
[70:6] Kerana mereka melihatnya dari jarak yang sangat jauh.
[70:7] Sementara kami melihatnya terlalu dekat.
[70:8] Harinya akan tiba apabila langit akan menjadi seperti batu batu yang lebur.
[70:9] Gunung gunung akan menjadi seperti bulu yang kegebuan.
[70:10] Tidak ada kawan yang dapat perdulikan tentangn kawan rapatnya.
[70:11] Apabila mereka melihat mereka, pesalah akan berkeinginan supaya dia dapat menggantikan anak anaknya sendiri sebagai tebusan, untuk menyelamatkannya dari hukuman pada hari itu.
[70:12] Juga pasangannya (suami isteri), dan saudara lelakinya.
[70:13] Bahkan seluruh puaknya yang membesarkannya.
[70:14] Bahkan keseluruh manusia diatas bumi, jika ianya dapat menyelamatkannya.
[70:15] Tidak; ianya adalah api yang bernyala nyala.
[70:16] Berkeinginan keras untuk membakar.
[70:17] Ianya memanggil kepada orang orang yang berpaling.
[70:18] Orang orang yang mengumpulkan dan mengira.
[70:19] Sesungguhnya, manusia itu didalam keadaan kebimbangan.
[70:20] Jika dilanda kesukaran, berputus asa.
[70:21] Jika dirahmati dengan kekayaan, menjadi kikir.
[70:22] Melainkan bagi penyembah penyembah.
[70:23] Yang sentiasa mengerjakan sembahyang (Salat).
[70:24] Sebahagian dari wang mereka diketepikan.
[70:25] Untuk orang orang miskin dan yang memerlukan.
[70:26] Mereka percaya kepada Hari Pengadilan.
[70:27] Mereka menghormati pembalasan Tuhan mereka.
[70:28] Pembalasan dari Tuhan mereka tidak diambil ringan.
[70:29] Mereka memelihara kesucian mereka.
[70:30] (Mereka mengadakan perhubungan) hanyalah dengan pasangan mereka (suami isteri), ataupun apa yang telah disahkan untuk mereka-
[70:31] sesiapa yang melampaui batas berlebihan dari ini adalah pendosa.
[70:32] Dan orang orang yang percaya memegang janji janji mereka; mereka itu adalah amanah.
[70:33] Testimoni mereka adalah benar.
[70:34] Mereka konsisten dalam mengerjakan sembahyang (Salat) tepat pada waktunya.
[70:35] Mereka sepatutnya mendapat suatu kedudukan yang mulia didalam Syurga.
[70:36] Apa yang menahan orang orang yang ingkar itu dari mengikutimu?
[70:37] Kekanan , dan kekiri, mereka melarikan diri.
[70:38] Bagaimanakah mereka dapat mengharapkan untuk memasuki Syurga yang indah?
[70:39] Tidak; kami telah menciptakan mereka, dan mereka tahu dari apa.
[70:40] Aku bersumpah dengan seriusnya demi Tuhan bagi timur timur dan barat barat; kami tentu sekali boleh-
[70:41] untuk menggantikan orang yang lebih baik ditempat kamu; kami tidak pernah boleh dikalahkan.
[70:42] Dari itu, biarkan mereka berkhayalan dan bermain main, sehingga mereka akan bertemu dengan hari yang sedang menunggukan mereka.
[70:43] Itulah harinya yang mereka keluar dari kubur kubur dengan terburu buru, seolah olah dikumpulkan (dikorbankan untuk penyembahan) dialtar altar.
[70:44] Dengan mata mata mereka tunduk, keaiban akan meliputi mereka. Itulah harinya yang sedang menunggu mereka.