Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 71: Nuh (Nuh)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[71:1] Kami telah menghantar Nuh kepada kaumnya: "Kamu mestilah memberikan amaran kepada kaummu sebelum hukuman yang menyakitkan mengena mereka."

[71:2] Dia berkata, "Wahai kaumku, aku adalah pemberi amaran yang nyata bagi kamu.

[71:3] "Untuk menyedarkan kamu yang kamu mestilah sembah Allah, menghormatiNya, dan ta'atilah aku.

[71:4] "Barulah Dia akan mengampuni dosa dosa kamu dan menangguhkan kamu hingga kemasa yang telah ditetapkan. Sudah pasti, ketetapan Allah tidak pernah ditangguhkan, apabila saja ianya dijangkakan tiba, jika kamu hanyalah mengetahuinya.

[71:5] Dia berkata, "Tuhanku, aku telah mengundang kaumku malam dan siang.

[71:6] "Tetapi pengundanganku hanyalah menambahkan kebencian mereka.

[71:7] "Setiap kali apabila saja aku mengundang mereka supaya mendapatkan pengampunan dariMu, mereka meletakkan jari jari mereka ketelinga telinga mereka, tutup diri diri mereka dengan pakaian pakaian mereka, berkeras dan berpaling dengan sombong.

[71:8] "Kemudian aku mengundang mereka dikhalayak ramai.

[71:9] "Lalu aku mengumumkan kepada mereka dengan sekuatnya, dan aku berbicara kepada mereka bersendirian.

[71:10] "Aku berkata, 'Bermohonlah kepada Tuhan kamu untuk pengampunan; sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun.

[71:11] " 'Barulah Dia akan menghujani kamu dengan hujan yang banyak.

[71:12] " 'Dan memberikan kamu wang dan anak anak, dan taman taman, dan sungai sungai.' "

[71:13] Kenapakah tidak kamu berjuang untuk menghormati Allah?

[71:14] Dia Sahajalah yang menciptakan kamu berperingkat peringkat.

[71:15] Tidakkah kamu sedar yang Allah telah menciptakan tujuh semesta alam berlapis lapis.

[71:16] Dia telah membentukkan bulan didalamnya untuk memberikan cahaya, dan meletakkan matahari untuk menjadi lampu.

[71:17] Dan Allah membiakkan kamu dibumi seperti tumbuh tumbuhan.

[71:18] Lalu Dia kembalikan kamu kedalamnya, dan tentu sekali Dia akan mengeluarkan kamu.

[71:19] Allah menjadikan bumi supaya boleh didiami oleh kamu.

[71:20] Supaya kamu bolehlah membuat lorong lorong didalamnya.

[71:21] Nuh berkata, "Tuhanku, mereka mengingkariku, dan mengikuti orang orang yang lebih lagi korup setelah dirahmati dengan wang dan anak anak.

[71:22] "Mereka merancang dengan rancangan rancangan yang dahsyat.

[71:23] "Mereka berkata, 'Janganlah tinggalkan tuhan tuhan kamu. Janganlah tinggalkan Wadd, Suwaa', Yaghout, Ya'ooq, dan Nasr.'

[71:24] "Mereka menyesatkan banyak. Dari itu, biarkanlah orang orang yang zalim itu terus terjerumus dengan kerugian yang lebih dalam lagi."

[71:25] Oleh kerana dosa dosa mereka, mereka telah ditenggelamkan dan ditempatkan keapi neraka. Mereka tidak akan mendapatkan penolong penolong untuk melindungi mereka dari Allah.

[71:26] Nuh juga berkata, "Tuhanku, janganlah tinggalkan seorang pun yang ingkar diatas bumi.

[71:27] "Kerana jika kau membiarkan mereka, mereka itu hanyalah akan menyesatkan hamba hambamu yang akan melahirkan tidak lain hanyalah pengingkar pengingkar yang zalim.

[71:28] "Tuhanku, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk kerumahku sebagai orang orang yang percaya, dan semua lelaki lelaki dan perempuan perempuan yang percaya. Tetapi janganlah berikan orang orang yang ingkar apa apa melainkan penghapusan."