Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 72: Jin (Al-Jinns)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[72:1] Katakanlah, "Aku telah diinspirasikan yang segolongan para jin mendengarkan, lalu berkata, 'Kami telah mendengar sebuah Quran yang amat hebat.

[72:2] " 'Ianya membimbing kepada kebenaran, dan kami telah percaya kepadanya; kami tidak akan mengada adakan pujaan pujaan disamping Tuhan kami.

[72:3] " 'Yang Maha Tinggi adalah Tuhan kami sahaja. Dia tidak pernah mempunyai pasangan mahupun seorang anak lelaki.

[72:4] " 'Ianya adalah yang bodoh diantara kami yang pernah melafazkan kata kata yang tidak bermakna berkenaan Allah.

[72:5] " 'Kami berfikir tiada dari manusia, tidak juga dari para jin, akan berani melafazkan kebohongan terhadap Allah.

[72:6] " 'Manusia pernah mencari kekuasaan melalui makhluk jin, tetapi mereka hanyalah mengenakan banyak penderitaan.

[72:7] " 'Mereka berfikir, seperti mana yang kamu fikirkan, yang Allah tidak akan menghantarkan (rasul) lagi.

[72:8] " 'Kami telah menyentuh cekrawala dan mendapatinya dipenuhi dengan penjaga penjaga dan pelancar pelancar yang menggerunkan.

[72:9] " 'Kami telah duduk disana supaya dapat mengintip. Sesiapa yang mendengar akan dikejar dengan pelancar pelancar yang amat kuat.

[72:10] " 'Kami tidak mempunyai idea jika sebarang kejahatan dirancangkan untuk penduduk penduduk bumi, ataupun jika Tuhan mereka kehendaki untuk menebus mereka.

[72:11] " 'Ada diantara kami yang benar, dan ada yang kurang kebenarannya; kami mengikuti jalan yang berbagai bagai.

[72:12] " 'Kami tahu dengan sepenuhnya yang kami tidak mungkin dapat melarikan diri dari Allah diatas Bumi; dan kami tidak akan dapat melarikan diri dan terlepas.

[72:13] " 'Apabila kami mendengar akan petunjuk, kami percaya terhadapnya. Sesiapa yang percaya kepada Tuhannya tidak pernah akan merasakan sebarang ketidak adilan, dan tidak juga sebarang penderitaan.

[72:14] " 'Diantara kami ada yang menyerahkan diri diri sepenuhnya (kepada Allah), dan diantara kami ada yang bekompromi.' " Bagi orang orang yang menyerahkan diri (kepada Allah), mereka berada dijalan yang benar.

[72:15] Bagi yang berkompromi, mereka akan menjadi bahan bakaran diGehenna.

[72:16] Jika mereka tetap dijalan yang benar, kami akan merahmati mereka dengan air yang banyak.

[72:17] Sudah tentu akan kami mencuba mereka semuanya. Baginya yang mengingkari mesej dari Tuhannya, Dia akan mengarahkannya kepada hukuman yang sentiasa ditambahkan.

[72:18] Tempat untuk menyembah adalah kepunyaan Allah; janganlah memanggil kepada sesiapa pun melainkan Allah.

Rasul Allah Yang Di-Janjikan

[72:19] Apabila hamba Allah menyeru kepada Dia sahaja, hampir kesemuanya mereka berkumpul menjadi satu untuk menentangnya.

[72:20] Katakanlah, "Aku hanya menyembah Tuhanku; aku tidak pernah mengada adakan pujaan pujaan disampingNya."

[72:21] Katakanlah, "Aku tidak mempunyai kuasa untuk memudharatkan kamu, dan tidak juga untuk membimbingkan kamu."

[72:22] Katakanlah, "Tidak ada sesiapa pun yang akan dapat melindungiku dari Allah, dan tidak juga akan aku mendapati sebarang perlindungan yang lain selainNya.

[72:23] "Aku menyampaikan pengumuman pengumuman dan mesej mesej Allah." Orang orang yang mengingkari Allah dan rasulNya akan menerima api Neraka, dimana mereka akan tinggal untuk selama lamanya.

[72:24] Apabila saja mereka melihat apa yang telah menunggu mereka, mereka akan mengetahui siapakah yang benar benar lemah dalam berkuasa, dan sedikit didalam bilangan.

[72:25] Katakanlah, "Aku tidak tahu apa yang telah dijanjikan untuk kamu akan berlaku dengan segera, ataupun jika Tuhanku akan melambatkannya untuk seketika."

[72:26] Dialah yang Maha Mengetahui tentang masa hadapan; sesungguhnya, Dia tidaklah menerangkan tentang masa hadapan kepada sesiapa pun.

[72:27] Hanyalah kepada rasul yang Dia pilih, akan Dia terangkan tentang masa lampau dan masa hadapan, dengan berita berita yang telah ditentukan.

[72:28] Ini adalah untuk memastikan yang mereka telah menyampaikan mesej mesej Tuhan mereka. Dia amatlah sedar akan apa yang mereka punyai. Sesungguhnya, Dia telah mengira bilangan bilangan bagi segala sesuatu.