Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 73: Yang Berselubung (Al-Muzzammil)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[73:1] Wahai kau yang berselubung.

[73:2] Bertaffakurlah diwaktu malam, kecuali jarang jarang.

[73:3] Separuh darinya, ataupun sedikit kurang.

[73:4] Ataupun lebih dari sedikit. Dan bacalah Quran dari mula hingga akhir.

[73:5] Kami akan memberikanmu mesej yang berat.

[73:6] Bertaffakur diwaktu malam itu adalah lebih berkesan, dan lebih takwah.

[73:7] Kamu telah mempunyai masa yang banyak semasa siang hari untuk perkara perkara yang lainnya.

[73:8] Kamu mestilah memujikan nama Tuhan kamu, untuk datang dekat dan lebih dekat kepadaNya.

[73:9] Tuhan bagi timur dan barat; tidak ada tuhan yang lain disampingNya. Kamu mestilah memilihNya sebagai penyokong kamu.

[73:10] Dan sentiasa bersabar menghadapi percakapan percakapan mereka, dan berpalinglah dari mereka dengan cara yang baik.

[73:11] Dan biarkanlah Aku yang membuat perhitungan dengan pengingkar pengingkar, yang telah dirahamati dengan mewahnya; berikanlah mereka sedikit masa.

[73:12] Kami mempunyai hukuman yang dahsyat, dan Neraka.

[73:13] Makanan yang sangat susah untuk ditelan, dan hukuman yang menyakitkan.

[73:14] Harinya akan tiba apabila bumi dan gunung gunung akan bergegar, dan gunung gunung akan bertukar menjadi timbunan yang ringan.

[73:15] Kami telah menghantar kepada kamu seorang rasul, sebagaimana telah kami menghantarkan kepada Fir'aun seorang rasul.

[73:16] Fir'aun telah mengingkari rasul dan, akibatnya, kami menghukumnya dengan dahsyat sekali.

[73:17] Jika kamu mengingkarkan, bagaimana pula dapat kamu mengelakkan satu hari yang sangat dahsyat dimana ianya akan menjadikan bayi bayi beruban?

[73:18] Cekrawala akan menjadi hancur berkecai disitu. PerjanjianNya adalah benar.

[73:19] Ini adalah satu amaran; sesiapa saja berkehendakkan, biarkanlah dia memilih jalan kepada Tuhannya.

[73:20] Tuhanmu tahu yang kau bertaffakur pada waktu dua pertiga dari malam, ataupun separuh darinya, ataupun satu pertiga darinya, dan ada juga diantara orang orang yang percaya bersama samamu. Allah telah membentukkan malam dan siang, dan Dia tahu yang kau tidak dapat melakukan ini selalu. Dia telah mengampunkanmu. Sebaliknya, kau mestilah membaca apa yang kau boleh didalam Quran. Dia tahu ada diantara kamu mungkin sakit, yang lainnya mungkin berpergian untuk mencari rezeki rezeki Allah, dan yang lainnya mungkin berjuang dijalan Allah. Kau mestilah membaca apa yang kau boleh darinya, dan kerjakanlah sembahyang (Salat), dan berikanlah derma yang diwajibkan (Zakat), dan pinjamilah Allah suatu pinjaman berupa kebajikan. Apa saja kebaikan yang kamu hantarkan kedepan bagi pihak rohmu, kamu akan mendapatinya disisi Allah jauh lebih baik lagi dan ganjaran yang mewah. Dan bermohonlah kepada Allah untuk pengampunan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.