Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 65: Perceraian (Al-Talaaq)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[65:1] Wahai engkau nabi, apabila kau orang menceraikan perempuan perempuan (isteri isteri), kau mestilah pastikan yang masa penungguan penceraian dipenuhkan. Kau mestilah mengira masa penungguannya dengan tepat. Kau mestilah menghormati Allah Tuhanmu. Janganlah mengusir mereka keluar dari rumah rumah mereka, dan jangan juga kau menjadikan kehidupan mereka menderita, untuk memaksakan mereka keluar rumah dengan sendirinya, melainkan jika terbukti yang mereka itu mengkomit zina. Ini adalah undang undang dari Allah. Sesiapa yang keterlaluan dengan undang undang Allah telah mengkomit ketidak adilan terhadap dirinya sendiri. Mana kamu tahu; mungkin Allah kehendaki suatu kebaikan akan datang daripada ini.

[65:2] Apabila saja masa penungguannya telah selesai, kamu bolehlah berbaik semula dengan mereka dengan seksama, ataupun meneruskan penceraian dengan seksama. Kamu mestilah mengadakan dua orang saksi yang adil untuk mengadili perceraian dihadapan Allah. Ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang orang yang percaya kepada Allah dan Hari Penghabisan. Sesiapa saja yang menghormati Allah, Dia akan menciptakan jalan keluar untuknya.

[65:3] Dan akan mengadakan untuknya dari apa yang dia tidak pernah jangkakan. Sesiapa yang percayakan Allah, Dia sahaja cukuplah untuknya. Perintah perintah Allah telah terlaksana. Allah telah mendekrikan segala galanya adalah nasib.

[65:4] Bagi perempuan perempuan yang telah putus haid, jika kamu mempunyai keraguan, masa penungguannya mestilah tiga bulan. Bagi mereka yang tidak mempunyai haid, dan mendapati yang mereka itu mengandung, masa penungguannya berakhir selepas melahirkan anak. Sesiapa yang menghormati Allah, Dia akan menjadikan segalanya mudah untuknya.

[65:5] Ini adalah perintah perintah Allah yang Dia turunkan kepada kamu. Sesiapa yang menghormati Allah, Dia akan menebuskan dosa dosanya, dan menganugerahkannya dengan mewah.

[65:6] Kamu mestilah mengizinkan mereka tinggal dirumah yang sama yang mana mereka pernah tinggal bersama sama kamu, dan janganlah menjadikan kehidupan mereka menderita supaya mereka keluar dengan sendirinya. Jika mereka itu mengandung, kamu mestilah membelanjakan untuk mereka sehingga mereka melahirkan anak. Jika mereka memelihara bayi itu, kamu mestilah membayar mereka servis ini. Kamu mestilah megadakan perhubungan yang baik diantara kamu. Jika kamu tidak bersetuju, kamu bolehlah membayar perempuan lain untuk memelihara bayi itu.

[65:7] Suami yang kaya mestilah memberikan sokongan mengikut kemampuannya, dan yang miskin pula mestilah memberi mengikut kemampuan yang Allah telah kurniakan kepadanya. Allah tidak pernah memaksakan sebarang roh lebih dari apa yang telah Dia berikan. Allah akan mengadakan kemudahan sesudah kesusahan.

[65:8] Kebanyakan dari sesebuah komuniti menentang perintah perintah dari Tuhannya dan menentang para rasulNya. Akibatnya, kami jadikan mereka betul betul bertanggungjawab, dan membalas mereka dengan balasan yang dahsyat.

[65:9] Mereka menderita akibat dari keputusan keputusan mereka; kerugian yang nyata.

[65:10] Allah telah sediakan untuk mereka hukuman yang dahsyat. Dari itu, kamu mestilah menghormati Allah, wahai kamu yang mempunyai kecerdasan dan kepercayaan. Sesungguhnya, Allah telah turunkan kepada kamu sebuah mesej-

[65:11] seorang rasul yang membacakan kepada kamu revelasi revelasi Allah, dengan jelas, untuk membimbing orang orang yang percaya dan yang mengerjakan kebaikan keluar dari kegelapan menuju cahaya. Sesiapa yang percaya kepada Allah dan menjalani kehidupan yang benar, Dia akan memasukkannya kedalam taman taman yang air sungai sungainya mengalir; mereka akan tinggal didalamnya untuk selama lamanya. Allah akan menganugerahkannya dengan mewah.

Tujuh Semesta Alam Dan Tujuh Bumi

[65:12] Allah menciptakan tujuh semesta alam dan bilangan yang sama bagi bumi bumi. Perintah perintah berjalan diantara mereka. Ini adalah untuk memberitahukan yang Allah sahajalah yang Maha Berkuasa, dan Allah amat sedar akan segala sesuatu.