Al-Quran 65:5 — Perceraian (Al-Talaaq)
Ini adalah perintah perintah Allah yang Dia turunkan kepada kamu. Sesiapa yang menghormati Allah, Dia akan menebuskan dosa dosanya, dan menganugerahkannya dengan mewah.
[65:4] Bagi perempuan perempuan yang telah putus haid, jika kamu mempunyai keraguan, masa penungguannya mestilah tiga bulan. Bagi mereka yang tidak mempunyai haid, dan mendapati yang mereka itu mengandung, masa penungguannya berakhir selepas melahirkan anak. Sesiapa yang menghormati Allah, Dia akan menjadikan segalanya mudah untuknya.
[65:6] Kamu mestilah mengizinkan mereka tinggal dirumah yang sama yang mana mereka pernah tinggal bersama sama kamu, dan janganlah menjadikan kehidupan mereka menderita supaya mereka keluar dengan sendirinya. Jika mereka itu mengandung, kamu mestilah membelanjakan untuk mereka sehingga mereka melahirkan anak. Jika mereka memelihara bayi itu, kamu mestilah membayar mereka servis ini. Kamu mestilah megadakan perhubungan yang baik diantara kamu. Jika kamu tidak bersetuju, kamu bolehlah membayar perempuan lain untuk memelihara bayi itu.