Al-Quran 65:3 — Perceraian (Al-Talaaq)
Dan akan mengadakan untuknya dari apa yang dia tidak pernah jangkakan. Sesiapa yang percayakan Allah, Dia sahaja cukuplah untuknya. Perintah perintah Allah telah terlaksana. Allah telah mendekrikan segala galanya adalah nasib.
[65:2] Apabila saja masa penungguannya telah selesai, kamu bolehlah berbaik semula dengan mereka dengan seksama, ataupun meneruskan penceraian dengan seksama. Kamu mestilah mengadakan dua orang saksi yang adil untuk mengadili perceraian dihadapan Allah. Ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang orang yang percaya kepada Allah dan Hari Penghabisan. Sesiapa saja yang menghormati Allah, Dia akan menciptakan jalan keluar untuknya.
[65:4] Bagi perempuan perempuan yang telah putus haid, jika kamu mempunyai keraguan, masa penungguannya mestilah tiga bulan. Bagi mereka yang tidak mempunyai haid, dan mendapati yang mereka itu mengandung, masa penungguannya berakhir selepas melahirkan anak. Sesiapa yang menghormati Allah, Dia akan menjadikan segalanya mudah untuknya.