Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 64: Saling Menuduh (Al-Taghaabun)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[64:1] Mengagungkan Allah adalah segala galanya disekelian cekrawala dan segala galanya dibumi. KepunyaanNya sekelian kerajaan, dan kepunyaanNya segala kepujian, dan sesungguhnya, Dialah yang Maha Berkuasa.

[64:2] Dia Sahajalah yang menciptakan kamu, dan diantara kamu ada orang orang yang ingkar, dan ada orang orang yang percaya. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Melihat akan segala apa yang kamu lakukan.

[64:3] Dialah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi untuk tujuan yang tertentu, membentukkan kamu dan menyempurnakan pembentukkan kamu, lalu kepadaNya sajalah destini yang terakhir.

[64:4] Dia tahu segala galanya disekelian cekrawala dan bumi, dan Dia tahu segala apa yang kamu sembunyikan dan segala apa yang kamu umumkan. Sesungguhnya, Allah amat sedar akan segala gala yang tersemat jauh didalam fikiran fikiran.

[64:5] Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang mengingkarkan dimasa yang lalu, Akibatnya mereka mengalami kesengsaraan kerana keputusan mereka? Mereka telah dikenakan hukuman yang menyakitkan.

[64:6] Ini adalah kerana para rasul mereka datang kepada mereka dengan membawa bukti bukti yang jelas, tetapi mereka berkata, "Mestikah kami mengikuti manusia seperti kami?" Mereka mengingkarkan dan berpaling. Allah tidak memerlukan mereka; sesungguhnya, Allah tidak pernah memerlukan, yang Maha Terpuji.

[64:7] Orang orang yang ingkar mendakwa yang mereka tidak akan dibangkitkan! Ya! sesungguhnya, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, dan kamu akan dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu lakukan. Ini adalah mudah bagi Allah untuk melakukannya

[64:8] Dari itu, kamu mestilah percaya kepada Allah dan rasulNya, dan cahaya yang telah kami turunkan didalam ini. Sesungguhnya, Allah amat Perihatin akan segala apa yang kamu lakukan.

[64:9] Harinya akan tiba apabila Dia menghimpunkan kamu pada Hari Perhimpunan kelak. DiHari itulah dimana adanya Saling Menuduh. Sesiapa yang percaya kepada Allah dan menjalani kehidupan yang benar, Dia akan menebuskan dosa dosanya, dan akan memasukkan dia kedalam taman taman yang air sungai sungainya mengalir. Mereka akan tinggal didalamnya selama lamanya. Ini adalah kemenangan yang terbesar.

[64:10] Bagi orang orang yang ingkar dan yang mengingkari revelasi revelasi kami, mereka itulah penghuni penghuni api-Neraka; mereka tinggal didalamnya untuk selama lamanya. Betapa dahsyatnya destini!

Undang Undang Ilahi

[64:11] Tidak ada apa yang akan berlaku kepada kamu melainkan dengan izin Allah. Sesiapa yang percaya kepada Allah, Dia akan membimbing hatinya. Sesungguhnya, Allah amat sedar akan segala sesuatu.

[64:12] Kamu mestilah menta'ati Allah dan kamu mestilah menta'ati rasul. Jika kamu berpaling, dan misi utama bagi rasul kami hanyalah untuk menyampaikan mesej.

[64:13] Allah: tidak ada tuhan lain disampingNya. Kepada Allah sahajalah orang orang yang percaya mesti meletakkan kepercayaan.

[64:14] Wahai kamu yang percaya, pasangan pasangan (suami isteri) dan anak anak kamu boleh jadi musuh musuh kamu; berhati hatilah. Jika kamu memaafkan, melupakan dan mengampunkan, maka Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[64:15] Wang dan anak anak kamu adalah ujian, dan Allah mempunyai ganjaran yang besar.

[64:16] Dari itu, kamu mestilah menghormati Allah sebanyak mana yang kamu boleh, dan dengarkanlah dan ta'atilah dan berilah (dermaan) demi untuk kebaikan kamu sendiri. Sesiapa yang terlepas dari sifat kekikirannya sendiri, mereka inilah orang orang yang berjaya.

[64:17] Jika kamu meminjamkan Allah suatu pinjaman yang berupa kebajikan, Dia akan melipat gandakan anugerah bagi kamu dengan banyaknya, dan mengampuni kamu. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Menghargai lagi Maha Mengasihani.

[64:18] Yang Maha Mengetahui bagi segala rahsia rahsia dan pengumuman pemgumuman; yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.