Surah 63: Orang Orang Hypokrit (Al-Munaafeqoon)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[63:1] Apabila orang orang hypokrit datang kepadamu mereka berkata, "Kami menjadi saksi yang kau adalah rasul Allah." Allah tahu yang kau itu adalah rasulNya, dan Allah menjadi saksi bahwa orang orang hypokrit itu adalah pembohong.
[63:2] Didalam penyamaran mereka tentang keimanan, mereka memalingkan manusia dari jalan Allah. Azab sungguh apa yang mereka telah lakukan.
[63:3] Ini adalah kerana mereka sudah percaya, lalu menjadi tidak percaya. Lantas minda minda mereka sudah tertutup; mereka tidak dapat memahamkan.
Mudah Marah Dan Tersinggung
[63:4] Apabila kamu melihat mereka, kamu mungkin akan tertarik dengan keadaan rupa mereka. Dan apabila mereka bercakap, kamu akan mendengarkan kata kata manis mereka. Mereka itu seperti kayu kayu balak yang berdiri. Mereka berfikir yang setiap panggilan telah ditujukan untuk menentang mereka. Ini adalah musuh musuh yang sebenarnya; berhati hatilah terhadap mereka. Allah telah mengutuk mereka; mereka itu telah berpaling.
[63:5] Apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah biar rasul Allah mendoa'kan pengampunan kamu," mereka mengejek ejek sambil memalingkan kepala kepala mereka, dan kamu akan melihat mereka menentang dan yang lainnya berlagak sombong.
Mitos Perantaraan Hancur Berkecai
[63:6] Ianya adalah sama saja bagi mereka, sama ada kau doa'kan untuk pengampunan mereka, ataupun tidak mendoa'kan untuk pengampunan mereka; Allah tidak akan mengampunkan mereka. Kerana Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.
[63:7] Mereka itulah orang orangnya yang berkata, "Jangan berikan sebarang wang kepada orang orang yang mengikuti rasul Allah, berkemungkinan kelak mereka akan meninggalkan dia!" Bagaimana pun, Allah mempunyai segala harta benda disekelian cekrawala dan bumi, tetapi orang orang hypokrit itu tidak faham.
[63:8] Mereka berkata, "Jika kami pulang kembali kebandar, yang berkuasa didalamnya akan mengusirkan yang lemah (dan kami akan menjadi mangsa)." (Mereka sepatutnya ketahui yang) semua maruah kepunyaan Allah dan rasulNya, dan orang orang yang percaya. Bagaimana pun, orang orang hypokrit tidak mengetahuinya.
[63:9] Wahai kamu yang percaya, janganlah dilalaikan oleh wang dan anak anak kamu dari mengingati Allah. Sesiapa yang melakukan ini adalah orang orang yang rugi.
[63:10] Kamu mestilah memberikan dari peruntukkan peruntukkan yang telah kami berikan kepada kamu sebelum kematian datang kepada kamu lalu kamu akan berkata, "Tuhanku, hanya jika Engkau dapat melewatkan ini untuk seketika! Aku akan menjadi dermawan dan bersama sama dengan orang orang yang benar!"
[63:11] Allah tidak pernah melambatkan waktu kematian yang telah ditetapkan bagi sebarang roh. Sesungguhnya, Allah amat Perihatin akan segala apa yang kamu lakukan.