Al-Quran 63:5 — Orang Orang Hypokrit (Al-Munaafeqoon)
Apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah biar rasul Allah mendoa'kan pengampunan kamu," mereka mengejek ejek sambil memalingkan kepala kepala mereka, dan kamu akan melihat mereka menentang dan yang lainnya berlagak sombong.
[63:4] Apabila kamu melihat mereka, kamu mungkin akan tertarik dengan keadaan rupa mereka. Dan apabila mereka bercakap, kamu akan mendengarkan kata kata manis mereka. Mereka itu seperti kayu kayu balak yang berdiri. Mereka berfikir yang setiap panggilan telah ditujukan untuk menentang mereka. Ini adalah musuh musuh yang sebenarnya; berhati hatilah terhadap mereka. Allah telah mengutuk mereka; mereka itu telah berpaling.
[63:6] Ianya adalah sama saja bagi mereka, sama ada kau doa'kan untuk pengampunan mereka, ataupun tidak mendoa'kan untuk pengampunan mereka; Allah tidak akan mengampunkan mereka. Kerana Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.