Surah 62: Juma'at (Al-Jumuah)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[62:1] Mengagungkan Allah adalah segala galanya disekelian cekrawala dan segala galanya dibumi; Raja, yang Maha Suci, yang Maha Kuat dan yang Maha Bijaksana.
[62:2] Dia Sahajalah yang menghantarkan orang orang yang tidak mempunyai kitab seorang rasul yang jujur dari kalangan mereka, untuk membacakan kepada mereka revelasi revelasiNya, menyucikan mereka, dan mengajarkan mereka kitab dan hikmah (kebijaksanaan). Sebelum ini, mereka telah tersesat jauh.
[62:3] Dan juga kepada banyak generasi generasi sesudah mereka. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.
[62:4] Demikian itulah nikmat Allah yang Dia telah kurniakan keatas sesiapa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Allah sahajalah Maha Pemilik Limpah kurnia yang tidak Terhad.
[62:5] Contoh bagi orang orang yang telah diberikan Taurat, lalu gagal untuk mendukungnya, adalah seperti keldai yang memikul kerja kerja kesusasteraan yang besar. Azab sungguh contoh bagi orang orang yang mengingkari revelasi revelasi Allah. Sesungguhnya, Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.
[62:6] Katakanlah, " Wahai kamu orang Yahudi, jika kamu mendakwa yang kamu adalah pilihan Allah, dan manusia lainnya tidak, maka sepatutnya kamu menginginkan kematian jika kamu itu adalah yang benar!"
[62:7] Mereka tidak akan menginginkan kepadanya, kerana apa yang mereka telah mengkomit. Sesungguhnya, Allah amat sedar akan orang orang yang zalim.
[62:8] Katakanlah, "Kematian yang kamu cuba untuk mengelakkan akan mendatangi kamu lambat laun. Lalu kamu akan dikembalikan kepada yang Maha Mengetahui segala rahsia rahsia dan pengumuman pengumuman, dan Dia akan memberitahukan kamu tentang segala apa yang kamu telah lakukan."
Perintah Perintah Yang Mustahak Kepada Semua Orang Orang Yang Percaya
[62:9] Wahai kamu yang percaya, apabila Sembahyang berjama'ah (Salat AL-Jumu'ah) telah diumumkan pada hari Juma'at, kamu mestilah bersegera kepada mengingati Allah, dan tinggalkan semua perniagaan. Ini adalah lebih baik untuk kamu, hanya jika kamu mengetahuinya.
[62:10] Apabila saja selesai sembahyang, kamu bolehlah bertebaran dibumi untuk mencari pemberian Allah, dan berterusanlah mengingati Allah selalu, supaya kamu mendapat kejayaan.
[62:11] Ada diantara mereka apabila didatangkan urusan perniagaan, ataupun suatu hiburan, mereka bersegera kepadanya dan meninggalkan kau berdiri! Katakanlah, "Apa yang Allah punyai adalah lebih baik lagi dari hiburan ataupun perniagaan. Sesungguhnya, Allah sahajalah Maha Pemberi yang terbaik."