Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 61: Barisan (Al-Suff)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[61:1] Mengagungkan Allah adalah segala galanya sekelian cekrawala dan dan segala gala yang ada dibumi. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

[61:2] Wahai kamu yang percaya, mengapa tidak kamu lakukan apa yang telah kamu katakan?

[61:3] Yang paling terkeji disisi Allah adalah apa yang kamu katakan tetapi tidak melakukannya.

[61:4] Allah mencintai orang orang yang berjuang keranaNya bersatu dalam satu barisan, sebagai batu batu bata didalam sebuah dinding.

[61:5] Ingatlah apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, mengapa mesti kamu melukaiku, walaupun kamu tahu yang aku ini adalah rasul Allah kepada kamu?" Apabila mereka telah sesat, Allah palingkan hati hati mereka. Kerana Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.

Rasul Selepas Isa

[61:6] Ingatlah apabila Isa, anak lelaki Maryam, berkata, "Wahai Bani Israil, aku adalah rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat dan membawa berita berita baik bagi kedatangan seorang rasul selepasku yang namanya akan menjadi lebih lagi dipuji (Ahmad)." Lalu, apabila dia menunjukkan mereka bukti bukti yang jelas, mereka berkata, "Ini adalah magik yang nyata."

[61:7] Siapakah yang paling jahat dari orang yang mengada adakan pembohongan terhadap Allah, dan dia telah diundang untuk menyerahkan diri (kepada Allah)? Sesungguhnya, Allah tidak akan membimbing orang orang yang jahat.

[61:8] Mereka berkeinginan untuk memadamkan cahaya Allah dengan mulut mulut mereka. Tetapi Allah berkeras untuk menyempurnakan cahayaNya, walaupun dibenci oleh orang orang yang ingkar.

Ramalan Yang Besar

[61:9] Dia telah menghantarkan rasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, dan akan menjadikannya menguasai kesemua agama agama, walaupun dibenci oleh penyembah penyembah pujaan.

Tawaran Yang Terbaik

[61:10] Wahai kamu yang percaya, biarkanlah Aku memberitahukan kepada kamu tentang perniagaan yang akan menyelamatkan kamu dari hukuman yang menyakitkan.

[61:11] Percaya kepada Allah dan rasulNya dan berjuang kerana Allah dengan wang dan nyawa kamu. Ini adalah tawaran yang terbaik untuk kamu, hanya jika kamu mengetahuinya.

[61:12] Sebagai balasan, Dia mengampunkan dosa dosa kamu, dan memasukkan kamu kedalam taman taman dengan air sungai sungainya yang mengalir, dengan rumah rumah besar yang cantik cantik ditaman Adnin. Ini adalah kemenangan yang sangat besar.

[61:13] Ditambahkan pula, kamu akan mendapatkan sesuatu yang kamu benar benar menyintai: Sokongan dari Allah dan dijamin kemenangan. Sampaikanlah berita berita baik kepada orang orang yang percaya.

[61:14] Wahai kamu yang percaya, jadilah penyokong penyokong Allah, seperti murid murid Isa anak lelaki Maryam. Apabila dia berkata kepada mereka, "Siapakah penyokong penyokongku kejalan Allah." Mereka berkata, "Kami adalah penyokong penyokong Allah." Lantas, satu kumpulan dari Bani Israil percaya, dan sekumpulan lagi mengingkarkan. Kami menolong orang orang yang percaya menentang musuh musuh mereka, sehingga mereka mendapat kemenangan.