Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 61:6 — Barisan (Al-Suff)

Ingatlah apabila Isa, anak lelaki Maryam, berkata, "Wahai Bani Israil, aku adalah rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat dan membawa berita berita baik bagi kedatangan seorang rasul selepasku yang namanya akan menjadi lebih lagi dipuji (Ahmad)." Lalu, apabila dia menunjukkan mereka bukti bukti yang jelas, mereka berkata, "Ini adalah magik yang nyata."

[61:5] Ingatlah apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, mengapa mesti kamu melukaiku, walaupun kamu tahu yang aku ini adalah rasul Allah kepada kamu?" Apabila mereka telah sesat, Allah palingkan hati hati mereka. Kerana Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.

[61:7] Siapakah yang paling jahat dari orang yang mengada adakan pembohongan terhadap Allah, dan dia telah diundang untuk menyerahkan diri (kepada Allah)? Sesungguhnya, Allah tidak akan membimbing orang orang yang jahat.