Surah 60: Ujian (Al-Mumtahanah)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[60:1] Wahai kamu yang percaya, janganlah kamu berkawan dengan musuh musuhKu dan musuh musuh kamu, menghulurkan kasih dan persahabatan kepada mereka, walaupun mereka telah mengingkarkan kebenaran yang telah datang kepada kamu. Mereka menindas rasul, dan kamu, hanya kerana kamu mempercayakan Allah, Tuhan kamu. Jika kamu bersiap sedia untuk berjuang keranaKu, mencari keredhaanKu, bagaimana pula kamu mencintai mereka secara rahsia? Aku amat sedar sepenuhnya akan segala apa yang kamu sembunyikan, dan segala apa yang kamu umumkan. Sesiapa yang diantara kamu yang melakukan ini sesungguhnya telah tersesat dari jalan yang benar.
[60:2] Apabila saja mereka bertembung dengan kamu, mereka memperlakukan kamu sebagai musuh musuh, dan melukakan kamu dengan tangan tangan dan lidah lidah mereka. Mereka mahukan supaya kamu mengingkarkan.
[60:3] Saudara mara dan *, anak anak kamu tidak akan dapat menolong kamu. Pada Hari Kebangkitan kelak, Dia akan menghakimi diantara kamu. Sesungguhnya, Allah yang Maha Melihat segala apa yang kamu lakukan.
Ibrahim: Contoh Tauladan
[60:4] Contoh yang terbaik telah ditunjukkan kepada kamu oleh Ibrahim dan orang orang yang bersama samanya. Mereka berkata kepada orang orang mereka, "Kami menafikan kamu dan pujaan pujaan yang kamu sembah disamping Allah. Kami mengutuk kamu, dan kamu tidak akan melihat sesuatu yang baik dari kami melainkan kemarahan dan kebencian sehingga kamu percayakan ALLAH SAHAJA." Bagaimana pun, satu kesilapan telah dikomitkan oleh Ibrahim apabila dia berkata kepada bapanya, "Aku akan berdoa' untuk pengampunanmu, tetapi tidak mempunyai kuasa untuk melindungimu dari Allah." "Tuhan kami, kami meletakkan kepercayaan kepadaMu, dan menyerahkan diri diri kami kepadaMu; kepada Engkau sahajalah destini yang terakhir.
[60:5] "Tuhan kami, jangan biarkan kami ditindas oleh orang orang yang ingkar, dan ampunkanlah kami. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana."
[60:6] Contoh yang baik telah ditunjukkan oleh mereka bagi orang orang yang mencari keredhaan Allah dan Hari Akhirat. Bagi orang orang yang berpaling, Allah tidak memerlukan (mereka), Maha Terpuji.
[60:7] Allah mungkin menukarkan kemarahan diantara kamu dan mereka menjadi cinta. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Berkuasa. Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Undang Undang Asas Mengatur Perhubungan Dengan Orang Orang Yang Ingkar
[60:8] Allah tidak melarang kamu dari berkawankan orang orang yang tidak melawan kamu kerana agama, dan tidak mengusir kamu dari rumah rumah kamu. Kamu bolehlah berkawan dengan mereka dan bersifat seksamalah terhadap mereka. Sesungguhnya, Allah mencintai keseksamaan.
[60:9] Allah hanya melarang kamu dari berkawan dengan orang orang yang melawan kamu kerana agama, mengusirkan kamu dari rumah rumah kamu, dan berkumpul bersama sama dengan yang lain untuk menghalau kamu. Janganlah kamu berkawankan mereka. Orang Orang yang berkawan dengan mereka itu adalah para pelampau.
Jika Di-Dalam Peperangan
[60:10] Wahai kamu yang percaya, apabila perempuan perempuan yang percaya (meninggalkan pihak musuh dan) meminta perlindungan kepada kamu, kamu mestilah menguji mereka. Allah amat sedar dengan sepenuhnya akan kepercayaan mereka. Apabila saja kamu menyakini yang mereka itu adalah orang orang yang percaya, janganlah kamu menghantarkan mereka kembali semula kepada orang orang yang ingkar. Mereka tidaklah dibenarkan mengekalkan perkahwinan mereka. Pulangkanlah kembali mas kahwin yang orang orang ingkar itu telah membayar. Kamu tidaklah mengkomit kesalahan dengan mengahwini mereka, asalkan kamu membayarkan mas kahwin mereka. Janganlah menahan isteri isteri yang ingkar (jika mereka berkeinginan bersama sama musuh). Kamu boleh memintakan kembali mas kahwin yang kamu telah membayarnya. Ini adalah peraturan Allah; Dia yang mengaturkan diantara kamu. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[60:11] Jika sebarang dari isteri isteri kamu mengikuti kem musuh musuh, dan kamu telah dipaksa untuk berperang, kamu mestilah memaksakan musuh untuk membayar ganti rugi kepada lelaki lelaki yang kehilangan isteri isteri, dengan memberikan mereka apa yang telah mereka belanjakan kepada isteri isteri mereka. Kamu mestilah menghormati Allah, yang mana kamu telah mempercayai.
[60:12] Wahai nabi, apabila perempuan perempuan yang percaya (yang meninggalkan orang orang yang ingkar) datang untuk mencari perlindungan kepadamu berjanji kepadamu yang mereka itu tidak mengada adakan sebarang pujaan pujaan disamping Allah, tidak mencuri, tidak mengkomit zina, tidak membunuh anak anak mereka, tidak mengadakan sebarang kepalsuan, tidak mengingkari perintah perintahmu yang benar, kamu mestilah menerima perjanjian mereka, dan doa'kan kepada Allah untuk mengampuni mereka. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[60:13] Wahai kamu yang percaya, janganlah berkawan dengan orang orang yang Allah murkai, dan yang telah tetap dengan keingkaran; mereka itu sememangnya tidak ada harapan sama seperti orang orang ingkar yang telah berada didalam kuburan.