Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 59: Pengusiran beramai Ramai (al-Hashr)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[59:1] Mengagungkan Allah adalah semua yang ada disekelian cekrawala dan bumi, dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.

Allah Melindungi Orang Orang Yang Percaya

[59:2] Dia Sahajalah yang mengusir orang orang yang ingkar diantara pengikut pengikut kitab dari rumah rumah mereka dalam pengusiran yang beramai ramai. Kamu tidak pernah berfikir yang mereka boleh keluar, dan mereka berfikir bahwa persediaan mereka itu dapat melindungi mereka dari Allah. Tetapi kemudian Allah datang kepada mereka sedang mereka tidak menjangkakan, dan meletakkan kegerunan dihati hati mereka. Lantas, mereka meninggalkan rumah rumah mereka diatas kerelaan sendiri, ditambahkan pula kerana tekanan dari orang orang yang percaya. Kamu sepatutnya belajar dari ini, wahai kamu yang mempunyai visi.

[59:3] Jika Allah tidak memaksakan mereka keluar, Dia akan membalas mereka dikehidupan ini (bahkan lebih buruk lagi dari memaksakan mereka keluar). DiAkhirat kelak Dia akan mengkomitkan mereka kepada siksaan Neraka.

[59:4] Ini adalah kerana mereka menentang Allah dan rasulNya. Bagi orang orang yang menentang Allah dan rasulNya, sesungguhnya, Allah paling tegas dalam melaksanakan hukuman.

[59:5] Sama ada kamu menebang sebuah pokok, ataupun membiarkan ianya berdiri diatas batangnya, adalah dengan mengikuti kehendak dari Allah. Sudah tentu Dia akan menghina orang orang yang zalim.

[59:6] Apa saja yang Allah mengembalikan semula untuk rasulNya bukanlah kerana akibat dari usaha peperangan kamu, sama ada kamu berperang diatas kuda kuda ataupun dengan kaki kaki. Allah Sahajalah yang menghantarkan para rasulNya untuk menghadap sesiapa saja mengikut kehendakNya. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Berkuasa.

Harta Rampasan Perang

[59:7] Apa saja yang Allah mengembalikan semula kepada rasulNya kepada komuniti komuniti (yang dikalahkan) mestilah untuk Allah dan rasulNya (berupa derma). Kamu mestilah memberikannya kepada saudara mara, anak anak yatim, orang orang miskin, dan orang orang yang didalam perjalanan. Lantas, ianya tidak akan sentiasa dimonopolikan oleh orang orang yang kuat diantara kamu. Kamu boleh menyimpan harta harta yang diberikan kepada kamu dari rasul, tetapi janganlah mengambil apa yang dia melarang kamu dari mengambilnya. Kamu mestilah menghormati Allah. Sesungguhnya, Allah amatlah tegas apabila melaksanakan hukuman.

[59:8] (Kamu mestilah memberi) kepada orang orang yang memerlukan yang berhijrah. Mereka telah diusir dari rumah rumah mereka dan harta benda mereka telah dirampas, hanya kerana mereka mencari kurniaan dan keredhaan Allah, kerana mereka menyokong Allah dan rasulNya. Mereka itulah orang orang yang benar.

[59:9] Bagi orang orang yang telah menyediakan untuk mereka rumah rumah dan perlindungan, dan telah menjadi orang orang percaya sebelum mereka, dan mereka mencintai orang orang yang berhijrah kepada mereka, dan tidak teragak agak dihati hati mereka untuk menolong mereka. Sebenarnya, mereka bersedia memberikan mereka itu keutamaan lebih dari diri diri mereka sendiri, walaupun mereka sendiri memerlukan dari apa yang telah mereka berikan. Sesungguhnya, orang orang yang dapat mengatasi kekikiran mereka yang semula jadi itu, mereka itulah orang orang yang berjaya.

[59:10] Orang orang yang telah percaya selepas mereka, berkata, "Tuhan kami, ampunkanlah kami dan saudara saudara kami yang telah mendahului kami kepada iman, dan jauhkanlah hati hati kami dari menyimpan sebarang kebencian terhadap orang orang yang percaya. Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang."

[59:11] Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang dilanda hypokrisi, dan bagaimana mereka berkata kepada teman teman mereka yang ingkar dari kalangan pengikut pengikut kitab, "Jika kamu diusir kami akan keluar bersama sama kamu, dan tidak akan menta'ati sesiapa saja yang menentang kamu. Jika sesiapa yang berperang dengan kamu, kami akan berperang dengan berpihak kepada kamu." Sesungguhnya, Allah menjadi saksi yang mereka itu adalah para pembohong.

[59:12] Sebenarnya, jika mereka diusir keluar, mereka tidak akan keluar bersama sama mereka, dan jika sesiapa saja yang berperang dengan mereka, mereka tidak akan menyokong mereka. Walaupun jika mereka menyokong mereka, tentunya mereka akan berpusing balik dan lari. Mereka tidak pernah akan menang.

[59:13] Sesungguhnya, mereka lebih lagi merasa seram dihati hati mereka terhadap kamu dari rasa takutkan Allah. Ini adalah kerana mereka ini adalah orang orang yang tidak faham.

[59:14] Mereka tidak bersama sama untuk memerangi kamu melainkan apabila mereka berada dibangunan bangunan yang telah dilengkapi dengan pelindung, ataupun dibelakang tembuk tembuk. Kekuatan mereka mungkin kelihatan kukuh diantara mereka. Kamu akan berfikir yang mereka itu bersatu, tetapi sebenarnya, hati hati mereka berbelah bagi. Ini adalah kerana mereka itu adalah orang orang yang tidak mengerti.

[59:15] Nasib mereka adalah sama seperti rakan seperjuangan mereka yang mendahului mereka. Mereka telah menderita akibat keputusan keputusan mereka. Mereka telah dikenakan dengan hukuman yang menyakitkan.

[59:16] Mereka itu seperti syaitan: dia berkata kepada manusia, "Ingkarkan," lalu apabila saja dia mengingkarkan, dia berkata, "Aku menafikan kamu. Aku takut kepada Allah, Tuhan bagi semesta alam."

[59:17] Destini untuk mereka berdua adalah Api Neraka, dimana mereka akan tinggal untuk selama lamanya. Ini adalah balasan bagi orang orang yang melampaui batas.

[59:18] Wahai kamu yang percaya, kamu mestilah menghormati Allah, dan hendaklah tiap tiap roh periksa akan apa yang telah diusahakan untuk hari esok. Kamu mestilah menghormati Allah: Sesungguhnya Allah amatlah Perihatin dengan sepenuhnya akan segala apa yang kamu lakukan.

[59:19] Janganlah menjadi seperti orang orang yang melupakan Allah, lalu Dia menjadikan mereka itu lupa kepada diri diri mereka sendiri. Ini adalah orang orang yang zalim.

[59:20] Tidaklah sama penghuni penghuni Api Neraka dan penghuni penghuni Syurga; sesungguhnya, penghuni penghuni Syurga itu adalah pemenang pemenang.

Kebesaran Quran

[59:21] Jika kami turunkan Quran ini kepada gunung gunung, kamu akan melihat ianya menggelegak berkecai, kerana penghormatannya kepada Allah. Kami memberikan contoh contoh ini kepada manusia, supaya mereka dapat merenongkan.

Allah

[59:22] Dia adalah Allah yang Esa; tidak ada tuhan yang lain disampingNya. Yang mengetahui segala rahsia rahsia dan pengumuman pengumuman. Dialah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[59:23] Dia adalah Allah yang Maha Esa; tidak ada tuhan disampingNya. Raja, yang Maha Suci, Keamanan, yang Maha Setia, yang Maha Tinggi, yang Maha Kuat, yang Maha Berkuasa, yang Maha Terhormat. Maha Suci bagi Allah; jauh keatas dari mempunyai sekutu sekutu.

[59:24] Dia adalah Allah yang Maha Esa; Pencipta, yang Meinisiasikan, yang Membentuk. KepunyaanNya segala nama nama yang indah indah. MengagungkanNya adalah segala gala yang ada disekelian cekrawala dan bumi. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.