Al-Quran 59:11 — Pengusiran beramai Ramai (al-Hashr)
Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang dilanda hypokrisi, dan bagaimana mereka berkata kepada teman teman mereka yang ingkar dari kalangan pengikut pengikut kitab, "Jika kamu diusir kami akan keluar bersama sama kamu, dan tidak akan menta'ati sesiapa saja yang menentang kamu. Jika sesiapa yang berperang dengan kamu, kami akan berperang dengan berpihak kepada kamu." Sesungguhnya, Allah menjadi saksi yang mereka itu adalah para pembohong.
[59:10] Orang orang yang telah percaya selepas mereka, berkata, "Tuhan kami, ampunkanlah kami dan saudara saudara kami yang telah mendahului kami kepada iman, dan jauhkanlah hati hati kami dari menyimpan sebarang kebencian terhadap orang orang yang percaya. Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang."
[59:12] Sebenarnya, jika mereka diusir keluar, mereka tidak akan keluar bersama sama mereka, dan jika sesiapa saja yang berperang dengan mereka, mereka tidak akan menyokong mereka. Walaupun jika mereka menyokong mereka, tentunya mereka akan berpusing balik dan lari. Mereka tidak pernah akan menang.