Al-Quran 59:10 — Pengusiran beramai Ramai (al-Hashr)
Orang orang yang telah percaya selepas mereka, berkata, "Tuhan kami, ampunkanlah kami dan saudara saudara kami yang telah mendahului kami kepada iman, dan jauhkanlah hati hati kami dari menyimpan sebarang kebencian terhadap orang orang yang percaya. Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang."
[59:9] Bagi orang orang yang telah menyediakan untuk mereka rumah rumah dan perlindungan, dan telah menjadi orang orang percaya sebelum mereka, dan mereka mencintai orang orang yang berhijrah kepada mereka, dan tidak teragak agak dihati hati mereka untuk menolong mereka. Sebenarnya, mereka bersedia memberikan mereka itu keutamaan lebih dari diri diri mereka sendiri, walaupun mereka sendiri memerlukan dari apa yang telah mereka berikan. Sesungguhnya, orang orang yang dapat mengatasi kekikiran mereka yang semula jadi itu, mereka itulah orang orang yang berjaya.
[59:11] Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang dilanda hypokrisi, dan bagaimana mereka berkata kepada teman teman mereka yang ingkar dari kalangan pengikut pengikut kitab, "Jika kamu diusir kami akan keluar bersama sama kamu, dan tidak akan menta'ati sesiapa saja yang menentang kamu. Jika sesiapa yang berperang dengan kamu, kami akan berperang dengan berpihak kepada kamu." Sesungguhnya, Allah menjadi saksi yang mereka itu adalah para pembohong.