Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 59:9 — Pengusiran beramai Ramai (al-Hashr)

Bagi orang orang yang telah menyediakan untuk mereka rumah rumah dan perlindungan, dan telah menjadi orang orang percaya sebelum mereka, dan mereka mencintai orang orang yang berhijrah kepada mereka, dan tidak teragak agak dihati hati mereka untuk menolong mereka. Sebenarnya, mereka bersedia memberikan mereka itu keutamaan lebih dari diri diri mereka sendiri, walaupun mereka sendiri memerlukan dari apa yang telah mereka berikan. Sesungguhnya, orang orang yang dapat mengatasi kekikiran mereka yang semula jadi itu, mereka itulah orang orang yang berjaya.

[59:8] (Kamu mestilah memberi) kepada orang orang yang memerlukan yang berhijrah. Mereka telah diusir dari rumah rumah mereka dan harta benda mereka telah dirampas, hanya kerana mereka mencari kurniaan dan keredhaan Allah, kerana mereka menyokong Allah dan rasulNya. Mereka itulah orang orang yang benar.

[59:10] Orang orang yang telah percaya selepas mereka, berkata, "Tuhan kami, ampunkanlah kami dan saudara saudara kami yang telah mendahului kami kepada iman, dan jauhkanlah hati hati kami dari menyimpan sebarang kebencian terhadap orang orang yang percaya. Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang."