Al-Quran 59:8 — Pengusiran beramai Ramai (al-Hashr)
(Kamu mestilah memberi) kepada orang orang yang memerlukan yang berhijrah. Mereka telah diusir dari rumah rumah mereka dan harta benda mereka telah dirampas, hanya kerana mereka mencari kurniaan dan keredhaan Allah, kerana mereka menyokong Allah dan rasulNya. Mereka itulah orang orang yang benar.
[59:7] Apa saja yang Allah mengembalikan semula kepada rasulNya kepada komuniti komuniti (yang dikalahkan) mestilah untuk Allah dan rasulNya (berupa derma). Kamu mestilah memberikannya kepada saudara mara, anak anak yatim, orang orang miskin, dan orang orang yang didalam perjalanan. Lantas, ianya tidak akan sentiasa dimonopolikan oleh orang orang yang kuat diantara kamu. Kamu boleh menyimpan harta harta yang diberikan kepada kamu dari rasul, tetapi janganlah mengambil apa yang dia melarang kamu dari mengambilnya. Kamu mestilah menghormati Allah. Sesungguhnya, Allah amatlah tegas apabila melaksanakan hukuman.
[59:9] Bagi orang orang yang telah menyediakan untuk mereka rumah rumah dan perlindungan, dan telah menjadi orang orang percaya sebelum mereka, dan mereka mencintai orang orang yang berhijrah kepada mereka, dan tidak teragak agak dihati hati mereka untuk menolong mereka. Sebenarnya, mereka bersedia memberikan mereka itu keutamaan lebih dari diri diri mereka sendiri, walaupun mereka sendiri memerlukan dari apa yang telah mereka berikan. Sesungguhnya, orang orang yang dapat mengatasi kekikiran mereka yang semula jadi itu, mereka itulah orang orang yang berjaya.