Surah 58: Perdebatan (Al-Mujaadalah)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[58:1] Allah telah mendengar wanita yang berdebatan denganmu berkenaan suaminya, dan telah mengadukan kepada Allah. Allah mendengarkan segala galanya yang kamu berdua membincangkan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
[58:2] Orang orang diantara kamu yang telah berpisah dengan isteri isteri mereka ( kenyatan dengan melarangkan perhubungan sek dengan mereka) seperti ibu ibu mereka sendiri sedangkan mereka tahu benar bahwasanya mereka itu bukanlah ibu ibu mereka. Ibu ibu mereka adalah wanita wanita yang telah melahirkan mereka. Sebenarnya, mereka telah mengkomitkan satu kekufuran dan kepalsuan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.
[58:3] Sesiapa yang telah memisahkan diri dengan isteri isteri mereka dalam keadaan begini, dan berbaik semula selepas itu, mestilah menebus dengan membebaskan seorang hamba sebelum mengadakan perhubungan seks dengan mereka semula. Ini adalah untuk menyedarkan kamu. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Perihatin akan segala apa yang kamu lakukan.
[58:4] Jika kamu tidak mendapatkan hamba untuk dibebaskan, kamu mestilah berpuasa dua bulan berturut turut sebelum mengadakan perhubungan seks semula. Jika kamu tidak boleh berpuasa, maka kamu mestilah memberikan makan kepada enam puluh orang orang miskin. Kamu mestilah percaya kepada Allah dan rasulNya. Ini adalah undang undang Allah. Orang orang yang ingkar akan dikenakan hukuman yang menyakitkan.
[58:5] Sudah tentu, orang orang yang menentang Allah dan rasulNya, pasti dikalahkan seperti rakan seperjuangan mereka yang terdahulu yang telah dikalahkan. Kami telah turunkan bukti bukti yang jelas, dan penentang penentang telah dikenakan hukuman yang memalukan.
[58:6] Harinya akan tiba apabila Allah akan membangkitkan mereka semua, lalu diberitahukan kepada mereka akan segala apa yang telah mereka lakukan. Allah telah merekodkan segala galanya, sementara mereka telah melupakannya. Sesungguhnya, Allah yang menyaksikan segala sesuatu.
Allah Berada Bersama Sama Kamu Sekarang
[58:7] Tidakkah kau sedar yang Allah mengetahui segala galanya disekelian cekrawala dan segala galanya dibumi? Tidak tiga orang yang dapat berkomplot secara rahsia dengan tidak Dia menjadi yang keempat, dan tidak juga lima dengan tidak Dia menjadi yang keenam, dan tidak juga kurang dari itu, dan tidak juga lebih, dengan tidak Dia berada disana bersama sama mereka dimana saja mereka berada. Lalu, pada Hari Kebangkitan kelak, Dia akan memberitahukan mereka akan segala apa yang mereka telah lakukan. Sesungguhnya, Allah amatlah sedar akan segala sesuatu.
Janganlah Berkomplot
[58:8] Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang menganjurkan untuk berkomplot secara rahsia, dan berkeras untuk berkomplot? Mereka berkomplot untuk melakukan dosa, melampaui batas, dan mengingkari rasul. Apabila mereka datang kepada kamu, mereka menyambut kamu dengan penyambutan yang berlainan dari yang didekrikan oleh Allah. Mereka menyatakan didalam diri diri mereka, "Allah tidak akan menghukum kami kerana pertuturan pertuturan kami." Balasan bagi mereka hanyalah Gehenna, dimana mereka akan dibakar; betapa azabnya destini.
[58:9] Wahai kamu yang percaya, jika kamu semestinya berbincang secara rahsia, kamu janganlah berbincang secara rahsia untuk mengkomit dosa, melampaui batas, dan untuk menentang rasul. Kamu mestilah berbincang untuk mengerjakan kebaikan dan ketakwaan. Kamu mestilah menghormati Allah, yang mana kamu akan dihimpunkan.
[58:10] Perkomplotan rahsia adalah idea syaitan, melaluinyalah dia menggunakan untuk melukakan perasaan orang orang yang percaya. Bagaimana pun, dia tidak akan dapat melukakan perasaan mereka dengan tidak dapat keizinan dari Allah. Kepada Allah sahajalah orang orang yang percaya mesti meletakkan kepercayaan.
[58:11] Wahai kamu yang percaya, jika kamu disuruh, "Tolonglah berikan ruang," kamu mestilah memberikan ruang kepada satu sama lain untuk duduk. Maka Allah akan memberikan ruang untuk kamu. Jika kamu disuruh supaya bangun dan bergerak, berdirilah dan bergeraklah. Allah yang menaikkan orang orang diantara kamu yang percaya, dan orang orang yang mencari ilmu pengetahuan kepada kedudukkan kedudukkan yang amat tinggi. Sesungguhnya Allah amat Perihatin akan segala apa yang kamu lakukan.
[58:12] Wahai kamu yang percaya, apabila kamu ingin berbincang dengan rasul, kamu mestilah memberikan derma (kepada orang orang miskin) sebelum kamu melakukannya. Ini adalah lebih baik bagi kamu, dan lebih suci. Jika kamu tidak mampu, maka sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[58:13] Jika kamu gagal untuk memberikan derma sebelum berbincang, lalu bertaubat selepas itu, maka Allah menerima taubat kamu. Kamu mestilah mengerjakan sembahyang (Salat), dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), dan menta'ati Allah dan rasulNya. Sesungguhnya Allah amat Perihatin dengan sepenuhnya akan segala apa yang kamu lakukan.
Pilihlah Kawan Kawan Kamu
[58:14] Sudahkah kamu perhatikan mereka yang berkawan dengan orang orang yang mana Allah telah murkai? Mereka tidaklah dipihak kamu, dan tidak juga bersama mereka. Mereka dengan sengaja bersumpah bohong!
[58:15] Allah telah siapkan untuk mereka hukuman yang dahsyat. Malang sungguh apa yang mereka pernah lakukan.
[58:16] Mereka menggunakan sumpah sumpah mereka sebagai usaha untuk menyimpang dari jalan Allah. Akibatnya, mereka telah dikenakan hukuman yang memalukan.
[58:17] Bukanlah wang mereka, ataupun anak anak mereka dapat menolong mereka terhadap Allah. Mereka telah dikenakan dengan neraka, dimana mereka akan tinggal untuk selama lamanya.
[58:18] Harinya akan tiba apabila Allah membangkitkan mereka semua. Mereka akan bersumpah kepadaNya, seperti mana mereka bersumpah kepada kamu sekarang, berfikir yang mereka itu benar benar betul! Sesungguhnya, mereka itulah pembohong pembohong yang sebenar.
[58:19] Syaitan telah menguasai mereka, dan telah menyebabkan mereka tidak memperdulikan mesej Allah. Ini adalah parti syaitan. Sudah pasti, parti syaitan akan kalah.
[58:20] Sudah tentu, orang orang yang menentang Allah dan rasulNya akan bersama sama dengan orang orang yang paling rendah.
[58:21] Allah telah mendekrikan: "Aku dan para rasulKu sudah pasti akan menang." Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Kuat.
Selamatkan Nyawa Kamu
[58:22] Kamu tidak akan mendapati orang orang yang percaya kepada Allah dan Hari Akhirat berkawan dengan orang orang yang menentang Allah dan rasulNya, walaupun jika mereka itu adalah ibu bapa ibu bapa mereka, ataupun anak anak mereka, ataupun adik beradik mereka, ataupun puak puak mereka. Bagi mereka ini, Dia telah mendekrikan iman didalam hati hati mereka, dan menyokong mereka dengan inspirasi dariNya, dan memasukkan mereka didalam taman taman yang air sungai sungainya mengalir dimana mereka akan tinggal untuk selama lamanya. Allah meredhai mereka, dan mereka juga amat bersukacita kepadaNya. Ini adalah parti Allah. Sudah pasti, parti Allah adalah pemenang pemenang.