Al-Quran 58:13 — Perdebatan (Al-Mujaadalah)
Jika kamu gagal untuk memberikan derma sebelum berbincang, lalu bertaubat selepas itu, maka Allah menerima taubat kamu. Kamu mestilah mengerjakan sembahyang (Salat), dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), dan menta'ati Allah dan rasulNya. Sesungguhnya Allah amat Perihatin dengan sepenuhnya akan segala apa yang kamu lakukan.
[58:12] Wahai kamu yang percaya, apabila kamu ingin berbincang dengan rasul, kamu mestilah memberikan derma (kepada orang orang miskin) sebelum kamu melakukannya. Ini adalah lebih baik bagi kamu, dan lebih suci. Jika kamu tidak mampu, maka sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[58:14] Sudahkah kamu perhatikan mereka yang berkawan dengan orang orang yang mana Allah telah murkai? Mereka tidaklah dipihak kamu, dan tidak juga bersama mereka. Mereka dengan sengaja bersumpah bohong!