Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 58:12 — Perdebatan (Al-Mujaadalah)

Wahai kamu yang percaya, apabila kamu ingin berbincang dengan rasul, kamu mestilah memberikan derma (kepada orang orang miskin) sebelum kamu melakukannya. Ini adalah lebih baik bagi kamu, dan lebih suci. Jika kamu tidak mampu, maka sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[58:11] Wahai kamu yang percaya, jika kamu disuruh, "Tolonglah berikan ruang," kamu mestilah memberikan ruang kepada satu sama lain untuk duduk. Maka Allah akan memberikan ruang untuk kamu. Jika kamu disuruh supaya bangun dan bergerak, berdirilah dan bergeraklah. Allah yang menaikkan orang orang diantara kamu yang percaya, dan orang orang yang mencari ilmu pengetahuan kepada kedudukkan kedudukkan yang amat tinggi. Sesungguhnya Allah amat Perihatin akan segala apa yang kamu lakukan.

[58:13] Jika kamu gagal untuk memberikan derma sebelum berbincang, lalu bertaubat selepas itu, maka Allah menerima taubat kamu. Kamu mestilah mengerjakan sembahyang (Salat), dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), dan menta'ati Allah dan rasulNya. Sesungguhnya Allah amat Perihatin dengan sepenuhnya akan segala apa yang kamu lakukan.