Al-Quran 58:7 — Perdebatan (Al-Mujaadalah)
Tidakkah kau sedar yang Allah mengetahui segala galanya disekelian cekrawala dan segala galanya dibumi? Tidak tiga orang yang dapat berkomplot secara rahsia dengan tidak Dia menjadi yang keempat, dan tidak juga lima dengan tidak Dia menjadi yang keenam, dan tidak juga kurang dari itu, dan tidak juga lebih, dengan tidak Dia berada disana bersama sama mereka dimana saja mereka berada. Lalu, pada Hari Kebangkitan kelak, Dia akan memberitahukan mereka akan segala apa yang mereka telah lakukan. Sesungguhnya, Allah amatlah sedar akan segala sesuatu.
[58:6] Harinya akan tiba apabila Allah akan membangkitkan mereka semua, lalu diberitahukan kepada mereka akan segala apa yang telah mereka lakukan. Allah telah merekodkan segala galanya, sementara mereka telah melupakannya. Sesungguhnya, Allah yang menyaksikan segala sesuatu.
[58:8] Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang menganjurkan untuk berkomplot secara rahsia, dan berkeras untuk berkomplot? Mereka berkomplot untuk melakukan dosa, melampaui batas, dan mengingkari rasul. Apabila mereka datang kepada kamu, mereka menyambut kamu dengan penyambutan yang berlainan dari yang didekrikan oleh Allah. Mereka menyatakan didalam diri diri mereka, "Allah tidak akan menghukum kami kerana pertuturan pertuturan kami." Balasan bagi mereka hanyalah Gehenna, dimana mereka akan dibakar; betapa azabnya destini.