Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 58:8 — Perdebatan (Al-Mujaadalah)

Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang menganjurkan untuk berkomplot secara rahsia, dan berkeras untuk berkomplot? Mereka berkomplot untuk melakukan dosa, melampaui batas, dan mengingkari rasul. Apabila mereka datang kepada kamu, mereka menyambut kamu dengan penyambutan yang berlainan dari yang didekrikan oleh Allah. Mereka menyatakan didalam diri diri mereka, "Allah tidak akan menghukum kami kerana pertuturan pertuturan kami." Balasan bagi mereka hanyalah Gehenna, dimana mereka akan dibakar; betapa azabnya destini.

[58:7] Tidakkah kau sedar yang Allah mengetahui segala galanya disekelian cekrawala dan segala galanya dibumi? Tidak tiga orang yang dapat berkomplot secara rahsia dengan tidak Dia menjadi yang keempat, dan tidak juga lima dengan tidak Dia menjadi yang keenam, dan tidak juga kurang dari itu, dan tidak juga lebih, dengan tidak Dia berada disana bersama sama mereka dimana saja mereka berada. Lalu, pada Hari Kebangkitan kelak, Dia akan memberitahukan mereka akan segala apa yang mereka telah lakukan. Sesungguhnya, Allah amatlah sedar akan segala sesuatu.

[58:9] Wahai kamu yang percaya, jika kamu semestinya berbincang secara rahsia, kamu janganlah berbincang secara rahsia untuk mengkomit dosa, melampaui batas, dan untuk menentang rasul. Kamu mestilah berbincang untuk mengerjakan kebaikan dan ketakwaan. Kamu mestilah menghormati Allah, yang mana kamu akan dihimpunkan.