Al-Quran 58:4 — Perdebatan (Al-Mujaadalah)
Jika kamu tidak mendapatkan hamba untuk dibebaskan, kamu mestilah berpuasa dua bulan berturut turut sebelum mengadakan perhubungan seks semula. Jika kamu tidak boleh berpuasa, maka kamu mestilah memberikan makan kepada enam puluh orang orang miskin. Kamu mestilah percaya kepada Allah dan rasulNya. Ini adalah undang undang Allah. Orang orang yang ingkar akan dikenakan hukuman yang menyakitkan.
[58:3] Sesiapa yang telah memisahkan diri dengan isteri isteri mereka dalam keadaan begini, dan berbaik semula selepas itu, mestilah menebus dengan membebaskan seorang hamba sebelum mengadakan perhubungan seks dengan mereka semula. Ini adalah untuk menyedarkan kamu. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Perihatin akan segala apa yang kamu lakukan.
[58:5] Sudah tentu, orang orang yang menentang Allah dan rasulNya, pasti dikalahkan seperti rakan seperjuangan mereka yang terdahulu yang telah dikalahkan. Kami telah turunkan bukti bukti yang jelas, dan penentang penentang telah dikenakan hukuman yang memalukan.