Surah 57: Besi (Al-Hadeed)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[57:1] Mengagungkan Allah adalah segala galanya disekelian cekrawala dan bumi. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.
[57:2] KepunyaanNya kerajaan bagi sekelian cekrawala dan bumi. Dia yang menguasai hidup dan mati. Dia sahajalah yang Maha Berkuasa.
[57:3] Dia adalah yang Awal (Alfa) dan yang Akhir.(Omega). Dia adalah yang Zahir dan yang Batin yang Jauh kedalam lubuk hati. Dialah yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
[57:4] Dia sahajalah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi dalam enam hari, dan memegang segala kekuasaan. Dia mengetahui segala apa yang masuk kedalam bumi, dan segala apa yang keluar darinya, dan segala apa yang turun dari langit, dan segala apa yang naik kedalamnya. Dia ada bersama kamu dimana saja kamu berada. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Melihat akan segala apa yang kamu lakukan.
[57:5] KepunyaanNya kerajaan bagi sekelian cekrawala dan bumi. Segala perkara adalah didalam kekuasaan Allah.
[57:6] Dia yang memasukkan malam kedalam siang, dan yang memasukkan siang kedalam malam. Sesungguhnya, Dia amat sedar akan apa yang tersemat jauh didalam fikiran fikiran.
[57:7] Percayalah kepada Allah dan rasulNya, dan berikanlah dari apa yang Dia telah kurniakan kepada kamu. Orang orang yang yang percaya dan yang memberikan (derma) telah berhak menerima ganjaran yang besar.
[57:8] Kenapa tidak kamu percaya kepada Allah apabila rasul telah mengundang kamu supaya percaya kepada Tuhan kamu? Dia telah mengambil perjanjian dari kamu, jika sememangnya kamu dari orang orang yang percaya.
[57:9] Dia Sahajalah yang menurunkan kepada hambaNya revelasi revelasi yang jelas, demi untuk membimbingkan kamu keluar dari kegelapan dan memasukkan kamu kedalam cahaya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mengasihani terhadap kamu, lagi yang Maha Penyayang.
Kemuliaan Istimewa
[57:10] Mengapa kamu tidak berbelanja pada jalan Allah, sedangkan Allah memiliki segala kekayaan disekelian cekrawala dan dibumi? Dibezakan dari yang lain adalah mereka diantara kamu yang berbelanja sebelum kemenangan dan berusaha. Mereka mencapai pangkat yang lebih besar daripada mereka yang berbelanja selepas kemenangan dan berusaha. Bagi setiap seorang, Allah menjanjikan keselamatan. Allah Maha Mengetahui segala yang kamu lakukan.
Penghormatan Yang Istimewa
[57:11] Siapakah yang ingin memberikan pinjaman kepada Allah dengan suatu pinjaman yang berupa kebajikan, supaya ianya dapat digandakan untuknya dengan banyaknya, dan berakhir dengan suatu ganjaran yang mulia?
Kemenangan Yang Besar
[57:12] Harinya akan tiba apabila kamu akan melihat lelaki lelaki yang percaya dan perempuan perempuan yang percaya dengan cahaya mereka yang memancar kehadapan mereka dan dikanan mereka. Berita berita baik itu adalah kepunyaan kamu, pada hari itu, kamu akan mempunyai taman taman yang air sungai sungainya mengalir. Kamu akan tinggal didalamnya untuk selama lamanya. Ini adalah kemenangan yang besar.
Rugi Besar Bagi Orang Orang Yang Rugi
[57:13] Pada hari itu, lelaki lelaki hypokrit dan perempuan perempuan hypokrit akan berkata kepada orang orang yang percaya, "Tolonglah izinkan kami mendapatkan sedikit dari cahaya kamu." Ianya akan dikatakan, "Pergi balik kebelakang kamu, dan carilah cahaya." Penghalang akan diadakan diantara mereka, yang pintu pintunya akan memisahkan dari belas kasih dibahagian yang jauh kedalam, dan siksaan dibahagian luarnya.
[57:14] Mereka akan memanggil kepada mereka, "Tidakkah kami bersama sama kamu?" Mereka akan menjawab, "Ya, tetapi kamu telah menipu roh roh kamu sendiri, teragak agak, meragukan, dan menjadi sesat dengan pendapat sendiri, sehinggakan pengadilan Allah datang. Kamu telah dilencongkan dari Allah oleh illusi.
[57:15] "Dari itu, hari ini tidak ada tebusan dapat diambil dari kamu, dan tidak juga dari orang orang yang ingkar. Tempat tinggal kamu adalah api; itu adalah tuhan kamu, dan tempat tingal yang sengsara."
Kemerosotan Beragama
[57:16] Bukankah masanya bagi orang orang yang percaya membuka hati hati mereka kepada mesej Allah, dan kebenaran yang diturunkan didalam ini? Mereka tidak sepatutnya menjadi seperti pengikut pengikut kitab kitab yang terdahulu dimana hati hati mereka menjadi keras dengan mengikuti masa dan, akibatnya, kebanyakan dari mereka menjadi zalim.
[57:17] Ketahuilah yang Allah menghidupkan tanah selepas ianya mati. Lantas kami menerangkan revelasi revelasi kepada kamu, supaya dapat kamu memahaminya.
[57:18] Sudah tentu, penderma lelaki dan perempuan, telah meminjamkan Allah satu pinjaman yang berupa kebaikan. Mereka akan menerima anugerah mereka yang digandakan dengan banyaknya; mereka itu berhak mendapatkan ganjaran yang mewah.
[57:19] Orang orang yang percaya kepada Allah dan para rasulNya adalah para wali dan para shahid. Dikhaskan untuk mereka disisi Tuhan mereka adalah anugerah anugerah mereka dan cahaya mereka. Bagi orang orang yang ingkar dan mengingkari revelasi revelasi kami, mereka telah dimasukkan keNeraka.
Terlalu sibuk Dengan Kehidupan Ini Di-Kutuk
[57:20] Ketahuilah yang kehidupan didunia ini tidak lebih dari bersuka ria dan bermain main, dan bermegah megahan diantara kamu, dan mengumpulkan wang dan anak anak. Ianya seperti hujan lebat yang mengeluarkan tumbuh tumbuhan dan menggembirakan orang orang yang ingkar. Tetapi lalu tumbuh tumbuhan itu bertukar menjadi rumpunan yang tidak berguna, dan telah ditiup oleh angin. DiAkhirat kelak hanyalah hukuman yang dahsyat, ataupun pengampunan dari Allah dan keredhaan. Kehidupan didunia ini tidak lain hanya illusi yang sementara saja.
Pilihan Yang Bijak
[57:21] Dari itu, kamu mestilah berlumba lumba menuju kepada pengampunan dari Tuhan kamu, dan sebuah Syurga yang keluasannya meliputi sekelian cekrawala dan bumi. Ianya menunggu orang orang yang percaya kepada Allah dan para rasulNya. Demikian itulah rahmat Allah yang Dia kurniakan keatas sesiapa saja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pemilik bagi segala Limpah Kurnia.
Fakta Yang Nyata
[57:22] Segala apa yang berlaku diatas bumi, ataupun kepada kamu, telah direkodkan, bahkan sebelum ciptaannya lagi. Ini amatlah mudah bagi Allah melakukannya.
[57:23] Lantas, janganlah kamu bersedih diatas segala apa yang kamu tidak mendapatkan, dan tidak juga menjadi sombong dengan apa yang Dia telah kurniakan keatas kamu. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang orang yang suka bermegah megah dan membanggakan diri.
[57:24] Mereka adalah orang orang yang kikir, dan menganjurkan manusia supaya menjadi kikir. Jika ada yang berpaling, maka Allah adalah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Besi: Logam Yang Paling Berguna
[57:25] Kami telah menghantarkan para rasul yang disokong oleh bukti bukti yang nyata, dan kami turunkan kepada mereka kitab dan undang undang, supaya manusia dapat mendukung keadilan. Dan kami menurunkan besi, dimana padanya ada kekuatan, dan banyak manfaatnya kepada manusia. Semuanya ini adalah kerana Allah hendak membezakan orang orang yang dapat menyokongNya dan para rasulNya, melalui keimanan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Berkuasa.
Para Nabi
[57:26] Kami menghantarkan Nuh dan Ibrahim, dan kami berikan keturunan keturunan mereka itu kenabian dan kitab. Ada dari mereka yang telah dibimbing, sementara banyak dari mereka yang zalim.
Kemerosotan beragama
[57:27] Sesudah mereka, kami menghantarkan para rasul kami. Kami menghantarkan Isa anak lelaki Maryam, dan kami memberinya Injeel (Gospel), dan kami letakkan dihati hati penyikut pengikutnya hati budi yang baik dan belas kasih. Tetapi mereka mencipta pertapaan (hermitism) yang tidak pernah didekrikan kepada mereka. Apa yang kami mintakan kepada mereka adalah supaya mendukung perintah perintah yang disahkan oleh Allah. Tetapi mereka tidaklah mendukung mesej yang sepatutnya mereka melakukan. Akibatnya, kami berikan kepada orang orang yang percaya diantara mereka itu ganjaran mereka, sementara kebanyakan dari mereka itu zalim.
[57:28] Wahai kamu yang percaya, kamu mestilah menghormati Allah dan percaya kepada rasulNya. Maka barulah Dia akan memberikan kamu anugerah yang digandakan dari belas kasihNya, membantu kamu dengan cahaya untuk membimbing kamu, dan mengampuni kamu. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
[57:29] Lantas, pengikut pengikut kitab yang terdahulu mestilah mengetahui yang mereka itu tidaklah memonopolikan belas kasih dan kurnia Allah, dan semua kurnia adalah ditangan Allah. Dia mengurniakannya keatas sesiapa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pemilik segala Limpah Kurnia.