Al-Quran 57:24 — Besi (Al-Hadeed)
Mereka adalah orang orang yang kikir, dan menganjurkan manusia supaya menjadi kikir. Jika ada yang berpaling, maka Allah adalah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
[57:23] Lantas, janganlah kamu bersedih diatas segala apa yang kamu tidak mendapatkan, dan tidak juga menjadi sombong dengan apa yang Dia telah kurniakan keatas kamu. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang orang yang suka bermegah megah dan membanggakan diri.
[57:25] Kami telah menghantarkan para rasul yang disokong oleh bukti bukti yang nyata, dan kami turunkan kepada mereka kitab dan undang undang, supaya manusia dapat mendukung keadilan. Dan kami menurunkan besi, dimana padanya ada kekuatan, dan banyak manfaatnya kepada manusia. Semuanya ini adalah kerana Allah hendak membezakan orang orang yang dapat menyokongNya dan para rasulNya, melalui keimanan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Berkuasa.