Al-Quran 57:25 — Besi (Al-Hadeed)
Kami telah menghantarkan para rasul yang disokong oleh bukti bukti yang nyata, dan kami turunkan kepada mereka kitab dan undang undang, supaya manusia dapat mendukung keadilan. Dan kami menurunkan besi, dimana padanya ada kekuatan, dan banyak manfaatnya kepada manusia. Semuanya ini adalah kerana Allah hendak membezakan orang orang yang dapat menyokongNya dan para rasulNya, melalui keimanan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Berkuasa.
[57:24] Mereka adalah orang orang yang kikir, dan menganjurkan manusia supaya menjadi kikir. Jika ada yang berpaling, maka Allah adalah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
[57:26] Kami menghantarkan Nuh dan Ibrahim, dan kami berikan keturunan keturunan mereka itu kenabian dan kitab. Ada dari mereka yang telah dibimbing, sementara banyak dari mereka yang zalim.