Al-Quran 57:26 — Besi (Al-Hadeed)
Kami menghantarkan Nuh dan Ibrahim, dan kami berikan keturunan keturunan mereka itu kenabian dan kitab. Ada dari mereka yang telah dibimbing, sementara banyak dari mereka yang zalim.
[57:25] Kami telah menghantarkan para rasul yang disokong oleh bukti bukti yang nyata, dan kami turunkan kepada mereka kitab dan undang undang, supaya manusia dapat mendukung keadilan. Dan kami menurunkan besi, dimana padanya ada kekuatan, dan banyak manfaatnya kepada manusia. Semuanya ini adalah kerana Allah hendak membezakan orang orang yang dapat menyokongNya dan para rasulNya, melalui keimanan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Berkuasa.
[57:27] Sesudah mereka, kami menghantarkan para rasul kami. Kami menghantarkan Isa anak lelaki Maryam, dan kami memberinya Injeel (Gospel), dan kami letakkan dihati hati penyikut pengikutnya hati budi yang baik dan belas kasih. Tetapi mereka mencipta pertapaan (hermitism) yang tidak pernah didekrikan kepada mereka. Apa yang kami mintakan kepada mereka adalah supaya mendukung perintah perintah yang disahkan oleh Allah. Tetapi mereka tidaklah mendukung mesej yang sepatutnya mereka melakukan. Akibatnya, kami berikan kepada orang orang yang percaya diantara mereka itu ganjaran mereka, sementara kebanyakan dari mereka itu zalim.