Surah 56: Yang Tidak Boleh Di-Elakkan Lagi (Al-Waaqe'ah)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[56:1] Apabila hari yang tidak boleh dielakkan akan berlaku.
[56:2] Tidak ada suatu pun yang dapat menahannya dari berlaku.
[56:3] Ianya akan merendahkan sebahagian, dan yang lainnya dinaikkan.
[56:4] Bumi akan bergoncang.
[56:5] Gunung gunung akan dihapuskan.
[56:6] Seolah olah mereka itu tidak pernah ada.
[56:7] Kamu akan berkumpulan menjadi kepada tiga bahagian.
[56:8] Orang orang yang berhak mendapat kebahgiaan akan berada didalam kebahgiaan.
[56:9] Orang orang yang berhak menerima penderitaan akan mengalami penderitaan.
[56:10] Kemudian ada pula elit dari yang elit.
[56:11] Mereka adalah orang orang yang akan terdekat (kepada Allah).
[56:12] Didalam taman taman yang bahgia.
[56:13] Kebanyakan daripada generasi generasi yang pertama.
[56:14] Sedikit saja daripada generasi generasi yang terkemudian.
[56:15] Diatas kelengkapan kelengkapan yang mewah.
[56:16] Menikmati segala galanya, mereka akan menjadi jiran.
[56:17] Yang melayan mereka adalah pembantu pembantu yang berkekalan.
[56:18] Dengan cangkir cangkir, kendi kendi dan minuman minuman asli.
[56:19] Mereka tidak akan kehabisan, dan tidak juga mereka akan merasa jemu.
[56:20] Buah buahan yang mereka pilih.
[56:21] Daging burung burung yang mereka inginkan.
[56:22] Pasangan pasangan yang cantik cantik.
[56:23] Seperti mutiara mutiara yang terlindung.
[56:24] Anugerah bagi kerja kerja mereka.
[56:25] Mereka tidak akan pernah mendengar sebarang kata kata yang tidak bermakna didalamnya, dan tidak juga perkataan perkataan yang berdosa.
[56:26] Hanyalah perkataan; "Sejahtera, sejahtera."
Syurga Yang Dibawah
[56:27] Orang orang yang disebelah kanan, akan berada disebelah kanan.
[56:28] Didalam kebun kebun yang subur.
[56:29] Buah buahan yang harum.
[56:30] Tempat teduh yang luas.
[56:31] Air yang banyak.
[56:32] Banyak buah buahan.
[56:33] Tidak pernah habis, dan tidak diharamkan.
[56:34] Perhiasan perhiasan yang mewah.
[56:35] Kami menciptakan untuk mereka pasangan pasangan.
[56:36] Belum pernah disentuh.
[56:37] Pasangan yang secucuk.
[56:38] Bagi orang orang yang disebelah kanan.
[56:39] Kebanyakannya daripada generasi generasi yang dahulu.
[56:40] Kebanyakan juga dari generasi generasi yang kemudian.
Neraka
[56:41] Orang orang yang disebelah kiri, akan berada disebelah kiri.
[56:42] Didalam penderitaan dan kepanasan yang membara.
[56:43] Malahan tempat teduh mereka juga adalah panas.
[56:44] Tidak pernah sejuk, dan tidak ada torelansi.
[56:45] Mereka dahulunya kaya.
[56:46] Mereka berkeras dengan melakukan kekufuran yang besar.
[56:47] Mereka berkata, "Sesudah kami mati dan menjadi debu dan tulang tulang, kami akan dibangkitkan semula?
[56:48] Adakah ini termasuk nenek moyang nenek moyang kami?"
[56:49] Katakanlah, "Dari generasi generasi yang terdahulu dan juga generasi generasi yang kemudiannya.
[56:50] "Akan dihimpunkan untuk perjumpaan dihari yang telah ditetapkan.
[56:51] "Lalu kamu, wahai pengingkar pengingkar yang sesat.
[56:52] "Akan memakan dari pokok pokok yang paling pahit.
[56:53] "Yang memenuhi perut perut kamu dengannya.
[56:54] "Dan meminum diatasnya adalah minuman minuman dari neraka.
[56:55] "Dan ditambahkan pula minuman dari pasir."
[56:56] Demikian itulah bahagian mereka pada Hari Pengadilan kelak.
Renungan
[56:57] Kami telah menciptakan kamu, jika hanya kamu dapat mempercayai!
[56:58] Tidakkah kamu perhatikan air mani yang kamu keluarkan?
[56:59] Adakah kamu yang menciptanya, ataupun kami yang menciptakan?
[56:60] Kami telah mengadakan kematian yang telah ditetapkan untuk kamu. Tidak ada apa yang dapat menghalang kami-
[56:61] dari menggantikan generasi generasi yang baru ketempat kamu, dan memantapkan apa yang tidak kamu ketahui.
[56:62] Kamu telah ketahui tentang ciptaan yang pertama. Tidakkah kamu ingat?
[56:63] Tidakkah kamu perhatikan tanam tanaman yang kamu hasilkan?
[56:64] Adakah kamu yang menumbuhkan mereka, ataupun kami yang menumbuhkan?
[56:65] Jika kami kehendaki, kami boleh menukarkannya menjadi tumbuhan yang kering. Lalu kamu akan rasa menyesal:
[56:66] "Kami kalah.
[56:67] "Kami telah kehilangan."
[56:68] Tidakkah kamu perhatikan air yang kamu minum?
[56:69] Adakah kamu yang menurunkannya dari awan awan, ataupun kami (yang menurunkan)?
[56:70] Jika kami kehendaki, kami boleh menjadikannya masin. Kamu sepatutnya berterima kasih.
[56:71] Tidakkah kamu perhatikan api yang kamu nyalakan?
[56:72] Adakah kamu yang meinisiasikan pokoknya , ataupun kami?
[56:73] Kami menjadikannya sebagai peringatan, dan sebagai perkakas yang berguna untuk pengguna pengguna.
[56:74] Kamu mestilah mengagungkan nama Tuhan kamu, yang Maha Besar.
Hanya Yang Jujur Saja Yang Dapat Memahami Quran
[56:75] Aku bersumpah dengan kedudukan bintang bintang.
[56:76] Ini adalah sebuah sumpah, jika hanya kamu ketahui, yang sangat mengerunkan.
[56:77] Ini adalah sebuah Quran yang mulia.
[56:78] Didalam sebuah buku yang terpelihara.
[56:79] Tidak ada sesiapa yang boleh memegangnya melainkan yang jujur.
[56:80] Sebuah revelasi dari Tuhan semesta alam.
[56:81] Adakah kamu mengabaikan pengesahan ini?
[56:82] Adakah kamu menjadikannya sebagai urusan kamu kerana tidak mengindahkan?
[56:83] Apabila masanya tiba dan (nyawa kamu) sampai dikerongkong-
[56:84] barulah kemudian kamu akan melihat disekeliling.
[56:85] Kami lebih dekat kepadanya dari kamu sendiri, tetapi kamu tidak melihat.
[56:86] Jika ianya adalah benar yang kamu tidak ada berhutang sebarang perkiraan-
[56:87] kenapakah tidak kamu menyelamatkan (roh kamu), jika sememangnya kamulah yang benar?
[56:88] Jika dia adalah diantara mereka yang terdekat kepadaKu -
[56:89] maka kegirangan, dengan bunga bunga, dan taman taman yang indah.
[56:90] Dan sekiranya dia dari salah seorang yang disebelah kanan -
[56:91] Keamanan adalah bagi orang orang yang disebelah kanan.
[56:92] Tetapi jika dianya adalah salah seorang dari yang ingkar dan seorang yang sesat-
[56:93] maka tempat kediamannya dari nyalaan api-
[56:94] dan bakaran didalam Neraka.
[56:95] Ini adalah sebenarnya satu kebenaran.
[56:96] Kamu mestilah mengagungkan nama Tuhan kamu, yang Maha Besar.