Al-Quran 57:9 — Besi (Al-Hadeed)
Dia Sahajalah yang menurunkan kepada hambaNya revelasi revelasi yang jelas, demi untuk membimbingkan kamu keluar dari kegelapan dan memasukkan kamu kedalam cahaya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mengasihani terhadap kamu, lagi yang Maha Penyayang.
[57:8] Kenapa tidak kamu percaya kepada Allah apabila rasul telah mengundang kamu supaya percaya kepada Tuhan kamu? Dia telah mengambil perjanjian dari kamu, jika sememangnya kamu dari orang orang yang percaya.
[57:10] Mengapa kamu tidak berbelanja pada jalan Allah, sedangkan Allah memiliki segala kekayaan disekelian cekrawala dan dibumi? Dibezakan dari yang lain adalah mereka diantara kamu yang berbelanja sebelum kemenangan dan berusaha. Mereka mencapai pangkat yang lebih besar daripada mereka yang berbelanja selepas kemenangan dan berusaha. Bagi setiap seorang, Allah menjanjikan keselamatan. Allah Maha Mengetahui segala yang kamu lakukan.