Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 60:1 — Ujian (Al-Mumtahanah)

Wahai kamu yang percaya, janganlah kamu berkawan dengan musuh musuhKu dan musuh musuh kamu, menghulurkan kasih dan persahabatan kepada mereka, walaupun mereka telah mengingkarkan kebenaran yang telah datang kepada kamu. Mereka menindas rasul, dan kamu, hanya kerana kamu mempercayakan Allah, Tuhan kamu. Jika kamu bersiap sedia untuk berjuang keranaKu, mencari keredhaanKu, bagaimana pula kamu mencintai mereka secara rahsia? Aku amat sedar sepenuhnya akan segala apa yang kamu sembunyikan, dan segala apa yang kamu umumkan. Sesiapa yang diantara kamu yang melakukan ini sesungguhnya telah tersesat dari jalan yang benar.

[60:0] Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[60:2] Apabila saja mereka bertembung dengan kamu, mereka memperlakukan kamu sebagai musuh musuh, dan melukakan kamu dengan tangan tangan dan lidah lidah mereka. Mereka mahukan supaya kamu mengingkarkan.