Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 60:9 — Ujian (Al-Mumtahanah)

Allah hanya melarang kamu dari berkawan dengan orang orang yang melawan kamu kerana agama, mengusirkan kamu dari rumah rumah kamu, dan berkumpul bersama sama dengan yang lain untuk menghalau kamu. Janganlah kamu berkawankan mereka. Orang Orang yang berkawan dengan mereka itu adalah para pelampau.

[60:8] Allah tidak melarang kamu dari berkawankan orang orang yang tidak melawan kamu kerana agama, dan tidak mengusir kamu dari rumah rumah kamu. Kamu bolehlah berkawan dengan mereka dan bersifat seksamalah terhadap mereka. Sesungguhnya, Allah mencintai keseksamaan.

[60:10] Wahai kamu yang percaya, apabila perempuan perempuan yang percaya (meninggalkan pihak musuh dan) meminta perlindungan kepada kamu, kamu mestilah menguji mereka. Allah amat sedar dengan sepenuhnya akan kepercayaan mereka. Apabila saja kamu menyakini yang mereka itu adalah orang orang yang percaya, janganlah kamu menghantarkan mereka kembali semula kepada orang orang yang ingkar. Mereka tidaklah dibenarkan mengekalkan perkahwinan mereka. Pulangkanlah kembali mas kahwin yang orang orang ingkar itu telah membayar. Kamu tidaklah mengkomit kesalahan dengan mengahwini mereka, asalkan kamu membayarkan mas kahwin mereka. Janganlah menahan isteri isteri yang ingkar (jika mereka berkeinginan bersama sama musuh). Kamu boleh memintakan kembali mas kahwin yang kamu telah membayarnya. Ini adalah peraturan Allah; Dia yang mengaturkan diantara kamu. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.