Al-Quran 60:10 — Ujian (Al-Mumtahanah)
Wahai kamu yang percaya, apabila perempuan perempuan yang percaya (meninggalkan pihak musuh dan) meminta perlindungan kepada kamu, kamu mestilah menguji mereka. Allah amat sedar dengan sepenuhnya akan kepercayaan mereka. Apabila saja kamu menyakini yang mereka itu adalah orang orang yang percaya, janganlah kamu menghantarkan mereka kembali semula kepada orang orang yang ingkar. Mereka tidaklah dibenarkan mengekalkan perkahwinan mereka. Pulangkanlah kembali mas kahwin yang orang orang ingkar itu telah membayar. Kamu tidaklah mengkomit kesalahan dengan mengahwini mereka, asalkan kamu membayarkan mas kahwin mereka. Janganlah menahan isteri isteri yang ingkar (jika mereka berkeinginan bersama sama musuh). Kamu boleh memintakan kembali mas kahwin yang kamu telah membayarnya. Ini adalah peraturan Allah; Dia yang mengaturkan diantara kamu. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[60:9] Allah hanya melarang kamu dari berkawan dengan orang orang yang melawan kamu kerana agama, mengusirkan kamu dari rumah rumah kamu, dan berkumpul bersama sama dengan yang lain untuk menghalau kamu. Janganlah kamu berkawankan mereka. Orang Orang yang berkawan dengan mereka itu adalah para pelampau.
[60:11] Jika sebarang dari isteri isteri kamu mengikuti kem musuh musuh, dan kamu telah dipaksa untuk berperang, kamu mestilah memaksakan musuh untuk membayar ganti rugi kepada lelaki lelaki yang kehilangan isteri isteri, dengan memberikan mereka apa yang telah mereka belanjakan kepada isteri isteri mereka. Kamu mestilah menghormati Allah, yang mana kamu telah mempercayai.