Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 33: Parti Parti (Al- Ahzab) — Tilawah dan bacaan Al-Quran

Sura 33: The Parties (Al-Ahzab)

YouTube · 21:07

Surah 33: Parti Parti (Al- Ahzab)

[33:1] Wahai nabi, kau mestilah menghormati Allah dan janganlah menta'ati orang orang yang ingkar dan orang orang hypokrit. Sesungguhnya, Allah Sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

[33:2] Ikutilah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Sesungguhnya, Allah amat perihatin akan segala apa yang kamu semua lakukan.

[33:3] Dan letakkanlah kepercayaan kamu kepada Allah. Sesungguhnya, Allah sahaja cukuplah sebagai penyokong.

[33:4] Allah tidak memberikan sebarang lelaki dua hati didalam dadanya. Dan tidak juga Dia menjadikan isteri isteri kamu yang mana kamu renggangkan (mengikut adat kamu) menjadikan mereka itu ibu ibu kamu. Tidak juga Dia menukarkan anak anak angkat kamu untuk dijadikan anak anak genetik kamu sendiri. Semuanya ini hanyalah perkataan perkataan yang kamu telah mengada adakannya. Allah berkata benar, dan Dia sahajalah yang membimbing kejalan yang (benar).

[33:5] Kamu mestilah memberikan anak anak angkat kamu nama nama yang boleh mengekalkan perhubungan mereka dengan ibu bapa ibu bapa genetik mereka. Ini adalah lebih adil disisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui ibu bapa ibu bapa mereka, maka sebagai saudara seagama, kamu mestilah melayan mereka seperti ahli keluarga kamu sendiri. Kamu tidaklah mengkomit dosa jikalau kamu membuat kesilapan dalam situasi ini; kamu hanya akan dipertanggung jawabkan diatas perbuatan yang kamu sengajakan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[33:6] Nabi adalah lebih dekat kepada orang orang yang percaya dari mereka sesama sendiri, dan isteri isterinya adalah seperti ibu ibu kepada mereka. Saudara mara sepatutnyalah mengambil berat tentang satu sama lainnya menurut kitab Allah. Lantas, orang orang yang percaya mestilah memeliharakan saudara mara mereka yang berhijrah kepada mereka, tetapi mereka mestilah terlebih dulu menjaga keluarga mereka sendiri. Ini adalah perintah perintah dari kitab ini.

[33:7] Ingatlah ketika kami mengambil dari para nabi perjanjian mereka, termasuk engkau (wahai Muhammad), Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa anak Maryam. Kami mengambil dari mereka itu ikrar yang serius.

Al-Quran: Perjanjian Terakhir — Surah 33