Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 33: Parti Parti (Al- Ahzab)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[33:1] Wahai nabi, kau mestilah menghormati Allah dan janganlah menta'ati orang orang yang ingkar dan orang orang hypokrit. Sesungguhnya, Allah Sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

[33:2] Ikutilah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Sesungguhnya, Allah amat perihatin akan segala apa yang kamu semua lakukan.

[33:3] Dan letakkanlah kepercayaan kamu kepada Allah. Sesungguhnya, Allah sahaja cukuplah sebagai penyokong.

Pengabdian Kepada Allah Tidak Boleh Berbelah Bagi

[33:4] Allah tidak memberikan sebarang lelaki dua hati didalam dadanya. Dan tidak juga Dia menjadikan isteri isteri kamu yang mana kamu renggangkan (mengikut adat kamu) menjadikan mereka itu ibu ibu kamu. Tidak juga Dia menukarkan anak anak angkat kamu untuk dijadikan anak anak genetik kamu sendiri. Semuanya ini hanyalah perkataan perkataan yang kamu telah mengada adakannya. Allah berkata benar, dan Dia sahajalah yang membimbing kejalan yang (benar).

Jangan Menukar Nama Nama Kamu

[33:5] Kamu mestilah memberikan anak anak angkat kamu nama nama yang boleh mengekalkan perhubungan mereka dengan ibu bapa ibu bapa genetik mereka. Ini adalah lebih adil disisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui ibu bapa ibu bapa mereka, maka sebagai saudara seagama, kamu mestilah melayan mereka seperti ahli keluarga kamu sendiri. Kamu tidaklah mengkomit dosa jikalau kamu membuat kesilapan dalam situasi ini; kamu hanya akan dipertanggung jawabkan diatas perbuatan yang kamu sengajakan. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[33:6] Nabi adalah lebih dekat kepada orang orang yang percaya dari mereka sesama sendiri, dan isteri isterinya adalah seperti ibu ibu kepada mereka. Saudara mara sepatutnyalah mengambil berat tentang satu sama lainnya menurut kitab Allah. Lantas, orang orang yang percaya mestilah memeliharakan saudara mara mereka yang berhijrah kepada mereka, tetapi mereka mestilah terlebih dulu menjaga keluarga mereka sendiri. Ini adalah perintah perintah dari kitab ini.

Muhammad Berikrar Akan Menyokong Rasul Allah Yang Di-Janjikan

[33:7] Ingatlah ketika kami mengambil dari para nabi perjanjian mereka, termasuk engkau (wahai Muhammad), Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa anak Maryam. Kami mengambil dari mereka itu ikrar yang serius.

[33:8] Kemudiannya, Dia pasti sekali akan menyoal orang orang yang benar berkenaan kebenaran mereka, dan telah menyediakan untuk orang orang yang ingkar itu (mengikut fakta dari Quran) hukuman yang menyakitkan.

Peperangan Di-Antara Parti Parti

[33:9] Wahai orang orang yang percaya, ingatlah rahmat Allah keatas kamu; apabila askar askar menyerang kamu, kami menghantarkan keatas mereka angin kencang dan askar askar gaib, sesungguhnya, Allah amat melihat segala apa yang kamu lakukan.

[33:10] Apabila mereka datang dari atas kamu, dan dari bawah kamu, mata mata kamu menjadi kegerunan, hati hati kamu menjadi hilang kesabaran, dan kamu telah menyimpan fikiran yang tidak spatutnya berkenaan Allah.

[33:11] Itu adalah apabila orang orang yang percaya telah dicuba betul betul; mereka benar benar digoyangkan.

[33:12] Orang orang hypokrit dan mereka yang menyimpan keraguan dihati hati mereka itu berkata, "Apa yang Allah dan rasulNya telah menjanjikan kepada kami adalah tidak lebih dari illusi!"

[33:13] Sekumpulan dari mereka berkata, "Wahai orang orang Yathrib, kamu tidak akan mendapat kemenangan; pulang sajalah." Yang lainnya membuat alasan kepada nabi: "Rumah rumah kami terdedah kepada bahaya." Padahal rumah rumah mereka itu tidak terjejas. Mereka hanya hendak melarikan diri.

[33:14] Kalaulah musuh dapat menawan dan mengajak mereka untuk menyebelahi mereka, tentu sekali mereka akan menyebelahi musuh dengan tidak teragak agak lagi.

[33:15] Mereka telah berikrar kepada Allah pada masa lalu yang mereka itu tidak akan berpaling dan melarikan diri; membuat ikrar dengan Allah telah melibatkan tanggungjawab yang amat besar.

[33:16] Katakanlah, "Jika kamu lari, kamu tidak akan dapat lari dari kematian ataupun dari dibunuh. Walau apa pun yang akan terjadi, kamu hanya akan hidup sementara waktu saja lagi."

[33:17] Katakanlah, "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari Allah jika dikehendakiNya sebarang kesukaran, ataupun dikehendaki sebarang rahmat untuk kamu? "Mereka tidak akan dapat menemui, disamping Allah, sebarang Tuhan dan Tuan yang lain.

[33:18] Allah amat sedar tentang penghalang penghalang diantara kamu, dan orang orang yang berkata kepada rakan rakan seperjuangan mereka, "Marilah kita semua tinggal dibelakang. " Jarang sekali mereka itu bersiap sedia untuk mempertahankan.

[33:19] Juga, mereka itu amatlah kikir apabila berurusan dengan kamu. Jika sesuatu keadaan yang membahayakan komuniti, kau akan lihat dimata mata mereka itu penuh dengan ketakutan, seolah olah kematian telah pun datang kepada mereka. Apabila saja krisis itu telah berakhir, mereka akan menyindir kamu dengan lidah lidah mereka yang tajam itu. Mereka itu amat kikir dengan kekayaan mereka. Mereka ini bukanlah orang orang yang percaya, dan akibatnya, Allah telah membatalkan kerja kerja mereka. Ini amatlah mudah bagi Allah melakukannya.

[33:20] Mereka berfikir yang parti parti itu mungkin akan kembali semula. Dengan keadaan yang demikian, mereka berharapan supaya mereka dapat menghilang dipadang pasir, dan hanya mahu menanyakan berita berita tentang kamu dari jauh saja. Kalaulah sebenarnya parti parti itu menyerang kamu semasa mereka bersama sama kamu, mereka jarang sekali akan membantu kamu.

Kesanggupan Nabi

[33:21] Rasul Allah telah menunjukkan contoh yang baik bagi orang orang diantara kamu yang ingin mencari Allah dan Hari Akhirat, dan sentiasa mengingati akan Allah.

[33:22] Apabila saja orang orang yang benar benar percaya nampak parti parti (yang bersedia untuk menyerang), mereka berkata, "Inilah apa yang dijanjikan oleh Allah dan rasulNya, dan Allah dan rasulNya itu adalah benar." (Situasi yang merbahaya) ini hanyalah menguatkan lagi keimanan mereka dan juga menambahkan penyerahan diri diri mereka (kepada Allah).

[33:23] Diantara orang orang yang percaya ada orang orang yang memenuhi ikrar mereka kepada Allah. Ada yang mati, sementara yang lainnya bersedia untuk berjuang, tidak sekali kali berbelah bagi.

[33:24] Allah tentu sekali akan memberikan ganjaran kepada orang orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan akan menghukum orang orang hypokrit, jika sesungguhnya Dia kehendaki, ataupun menyelamatkan mereka. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Di-Masa Muhammad

[33:25] Allah menolak orang orang yang ingkar dengan kemarahan mereka, dan mereka pergi dengan tangan kosong. Lantas Allah memelihara orang orang yang percaya itu dari sebarang pertempuran. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Perkasa lagi Maha Kuat.

[33:26] Dia juga yang menjatuhkan pihak berikatan mereka diantara orang orang ahli kitab yang mempunyai kedudukan kedudukan yang mantap, dan meletakkan kegerunan didalam hati hati mereka. Ada dari mereka yang kamu bunuh, dan ada yang kamu jadikan orang orang tawanan.

[33:27] Dia jadikan kamu mewarisi tanah mereka, rumah rumah mereka, wang mereka dan tanah tanah yang belum pernah kamu menjejaknya. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang berkuasa dengan sepenuhnya akan segala sesuatu.

Tanggungjawab Yang Istimewa Untuk Menjadi Rapat

[33:28] Wahai nabi, katakanlah kepada isteri isterimu, "Jika kamu inginkan kehidupan ini dan segala kemegahannya, maka biarlah aku membayarkan kamu dan mengizinkan kamu pergi dengan baik.

[33:29] "Tetapi jika kamu mencari Allah dan rasulNya, dan tempat tinggal diAkhirat, maka Allah telah sediakan untuk orang orang yang benar diantara kamu dengan ganjaran yang besar."

Tanggungjawab Yang Istimewa

[33:30] Wahai isteri isteri nabi, jika kamu komit dosa besar, hukumannya akan digandakan dua kali untuk kamu. Ini adalah mudah bagi Allah untuk melakukannya.

[33:31] Sesiapa saja diantara kamu yang ta'at kepada Allah dan rasulNya, dan menjalani kehidupan yang benar, kami akan memberikan kepadanya ganjaran yang digandakan dua kali, dan kami telah sediakan untuknya rezeki yang mewah.

Menunjukkan Contoh Tauladan

[33:32] Wahai isteri isteri nabi, kamu tidaklah serupa seperti wanita wanita yang lainnya, jika kamu mengerjakan kebaikan. (Kamu mempunyai tanggung jawab yang lebih besar). Dari itu, janganlah kamu bercakap terlalu lembut, supaya orang orang yang berpenyakit dihati hati mereka itu tidak akan mendapat idea idea yang salah; kamu hanyalah boleh berkata kata berkenaan kebaikan saja.

[33:33] Kamu mestilah tinggal didalam rumah rumah kamu, dan janganlah kamu bercampur gaul sesama manusia dengan berlebih lebihan, sebagaimana yang pernah kamu lakukan dimasa masa kejahilan kamu dulu. Kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), dan ta'ati Allah dan rasulNya. Allah inginkan supaya membersihkan ketidak sucian dari kamu, wahai orang orang yang tinggal disekililing Tempat Suci, dan untuk menyucikan kamu dengan sepenuhnya.

[33:34] Ingatlah apa yang telah dibacakan dirumah rumah kamu tentang revelasi revelasi Allah dan kebijaksanaan yang terdapat didalamnya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mulia lagi Maha Perihatin.

Persamaan Di-Antara Lelaki Dan Wanita

[33:35] Lelaki lelaki yang menyerah (kepada Allah), wanita wanita yang menyerah (kepada Allah), lelaki lelaki yang percaya, wanita wanita yang percaya, lelaki lelaki yang ta'at, wanita wanita yang ta'at, lelaki lelaki yang benar, wanita wanita yang benar, lelaki lelaki yang sabar, wanita wanita yang sabar, lelaki lelaki yang menghormati, wanita wanita yang menghormati, para penderma lelaki, para penderma wanita, lelaki lelaki yang berpuasa, wanita wanita yang berpuasa, lelaki lelaki yang suci, wanita wanita yang suci, dan lelaki lelaki yang mengagungkan Allah selalu dan wanita wanita yang mengagungkan; Allah telah menyediakan untuk mereka pengampunan dan ganjaran yang besar.

Kesilapan Besar Yang Telah Di-Komitkan Oleh Muhammad. Muhammad Sebagai Manusia Yang Tidak Ta'at Muhammad Sebagai Seorang Rasul.

[33:36] Tidak ada lelaki yang percaya ataupun wanita yang percaya, jika Allah dan rasulNya mengisukan sebarang perintah, mempunyai sebarang pilihan berkenaan perintah itu. Sesiapa saja yang tidak menta'ati Allah dan rasulNya telah tersesat jauh.

[33:37] Ingatlah yang kau berkata kepada seorang yang dirahmati oleh Allah, dan yang dirahmati olehmu, "Jagalah isterimu dan hormatilah Allah," dan kau sembunyikan didalam dirimu apa yang Allah mahu. Lantas, kau takutkan manusia sedangkan kau sepatutnya hanyalah takut kepada Allah. Apabila Zaid telah selesai dengan isterinya, kami menyuruh kau supaya berkahwin dengannya, supaya dijadikan sebagai tauladan yang lelaki dibolehkan mengahwini isteri yang telah diceraikan oleh anak angkatnya. Perintah Allah mestilah dilaksanakan.

[33:38] Nabi tidaklah mengkomit kesilapan dengan melakukan segala gala yang dijadikan sah oleh Allah. Demikian itu adalah sistem Allah sejak generasi generasi yang dahulu lagi. Sesungguhnya, perintah Allah adalah satu kewajipan yang suci.

[33:39] Orang orang yang menyampaikan mesej mesej Allah, dan yang menghormatiNya sahaja, mestinya jangan sekali kali takutkan sesiapapun melainkan Allah. Sesungguhnya, Allah amat cekap apabila menghitung.

Bukannya Rasul Yang Terakhir

[33:40] Muhammad bukanlah bapa kepada sebarang laki laki diantara kamu. Dia adalah rasul Allah dan penutup bagi sekelian para nabi. Sesungguhnya, Allah amat sedar akan segala suatu.

[33:41] Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah mengingati Allah selalu.

[33:42] Kamu mestilah mengagungkanNya siang dan malam.

[33:43] Dia Sahajalah yang menolong kamu, bersama sama dengan para malaikatNya, untuk membimbing kamu keluar dari kegelapan menuju kepada cahaya. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Penyayang terhadap orang orang yang percaya.

[33:44] Sapaan mereka dihari apabila mereka bertemu denganNya adalah, "Sejahtera," dan Dia telah sediakan untuk mereka ganjaran yang mewah.

[33:45] Wahai nabi, kami telah menghantar kau sebagai saksi, pembawa bagi berita berita baik, bagitu juga sebagai pemberi amaran.

[33:46] Menjemput kepada Allah, dengan mengikuti kehendakNya, dan membimbing dan petunjuk.

[33:47] Sampaikanlah berita berita baik kepada orang orang yang percaya, yang mereka itu berhak untuk mendapatkan dari Allah rahmat yang amat besar.

[33:48] Janganlah menta'ati orang orang yang ingkar dan orang orang hypokrit, jangan perdulikan segala sindiran mereka, dan letakkan kepercayaan kamu kepada Allah; sesungguhnya, cukuplah Allah sebagai penyokong.

Undang Undang Perkahwinan

[33:49] Wahai orang orang yang percaya, jika kamu mengahwini wanita wanita yang percaya, lalu menceraikan mereka sebelum mengadakan perhubungan seks dengan mereka, mereka tidaklah berhutang dengan kamu untuk menunggu masa iddahnya (sebelum mengahwini lelaki lain). Kamu mestilah memberikan bayaran ganti rugi dengan seksamanya, dan biarkanlah mereka pergi dengan baik.

[33:50] Wahai nabi, kami menjadikan halal bagimu keatas isteri isterimu yang mana kau telah membayar mas kahwin mereka, ataupun apa yang kau telah punyai, yang telah diizinkan untukmu oleh Allah. Dan juga sah bagimu untuk mengahwini anak anak perempuan adik beradik lelaki kepada bapamu, anak anak perempuan adik beradik perempuan kepada bapamu, anak anak perempuan adik beradik lelaki kepada ibumu, anak anak perempuan adik beradik perempuan kepada ibumu, dan yang berhijrah bersama samamu. Juga, jika perempuan yang percaya memberikan dirinya kepada nabi dengan- merelakan mas kahwinnya - nabi bolehlah mengahwininya dengan tidak perlu membayarkan mas kahwin, jika sekiranya dia setuju. Bagaimanapun, kerelaannya berkenaan mas kahwin hanyalah diizinkan bagi nabi sahaja, dan bukannya untuk orang orang percaya yang lain. Kami telah mendekrikan hak hak mereka berkenaan pasangan pasangan mereka ataupun apa yang mereka telah punyai. Ini adalah untuk memeliharakan kamu dari rasa malu. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[33:51] Kamu bolehlah berlaku lemah lembut untuk menjauhi salah seorang dari mereka, dan kau bolehlah mendekati salah seorang dari mereka. Jika kau berbaik semula dengan salah seorang yang kau telah renggangkan, kamu tidak mengkomit kesilapan. Dengan cara ini, mereka akan berasa gembira, tidak akan menderita, dan akan merasa puas hati dengan apa yang kau aturkan dengan adilnya untuk mereka. Allah tahu apa yang ada didalam hati hati kamu. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.

[33:52] Disebalik kategori yang disebutkan kepada kau, kau tidak dilarang untuk mengahwini sebarang wanita wanita yang lainnya, dan tidak juga boleh kau menggantikan isteri yang baru (dari kategori kategori yang dilarang), walaupun kau amat tertarik dengan kecantikan mereka. Kau mestilah berpuas hati dengan apa yang telah dihalalkan untuk kamu. Sesungguhnya, Allah amat melihat akan segala sesuatu.

Etiket

[33:53] Wahai orang orang yang percaya, janganlah masuk dirumah rumah nabi melainkan jika kamu diberikan keizinan untuk makan, dan janganlah kamu memaksakan untuk dijemput dengan cara apapun. Jika kamu dijemput, bolehlah kamu masuk. Apabila kamu sudah selesai makan, kamu mestilah pulang; janganlah mengadakan perbualan yang berlarutan. Ini akan mengganggu nabi, dan dia amatlah malu untuk memberitahukan kamu. Tetapi Allah tidaklah malu untuk menyatakan kebenaran. Jika kamu hendak menanyakan sesuatu kepada isteri isterinya, tanyalah mereka dibelakang sekatan. Ini adalah lebih suci bagi hati hati kamu dan juga hati hati mereka. Janganlah kamu menyinggung perasaan rasul Allah. Kamu tidak boleh mengahwini isteri isterinya selepas dia, kerana ini akan menjadi suatu kesalahan yang besar disisi Allah.

[33:54] Sama ada kamu mengumumkan suatu apapun ataupun menyembunyikannya, Allah amat mengetahui akan segala sesuatu.

[33:55] Wanita wanita bolehlah meringkaskan (pakaian mereka) disekitaran bapa bapa mereka, anak anak lelaki mereka, saudara saudara lelaki mereka, anak anak lelaki saudara saudara lelaki mereka, anak anak lelaki saudara saudara perempuan mereka, dan wanita wanita lainnya, dan pembantu pembantu (perempuan) mereka. Mereka mestilah menghormati Allah. Sesungguhnya, Allah menyaksikan segala galanya.

Semasa Kehidupan Nabi

[33:56] Allah dan para malaikatNya menolong dan menyokong nabi. Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah tolong dan sokong dia, dan ambil beratlah terhadapnya sebagaimana sepatutnya dia mestilah diberikan perhatian.

[33:57] Tentu sekali, sesiapa yang menentang Allah dan rasulNya, Allah akan mengenakan sumpahan kepada mereka dikehidupan ini, dan diAkhirat kelak; Dia telah sediakan untuk mereka hukuman yang memalukan.

[33:58] Orang orang yang menyiksa lelaki lelaki yang percaya dan wanita wanita yang percaya, yang tidak melakukan apa apa kesalahan, telah komit bukan saja kepalsuan, tetapi juga dosa yang amat besar.

Pakaian Untuk Wanita Wanita

[33:59] Wahai nabi, katakanlah kepada isteri isteri kamu, anak anak perempuan kamu, dan isteri isteri bagi orang orang percaya yang mereka itu mestilah memanjangkan pakaian pakaian mereka. Lantas, mereka akan dikenali (sebagai wanita yang benar) dan akan terhindar dari disakiti. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[33:60] Melainkan jika orang orang hypokrit, dan orang orang yang mempunyai penyakit dihati hati mereka, dan pembohong pembohong yang kejam dari bandar yang berterusan (dari menyeksa kamu), kami akan tentu sekali memberikan kamu kekuasaan, lalu mereka akan dipaksa untuk keluar dalam masa yang tidak lama lagi.

[33:61] Mereka akan menerima kutukkan dimana saja mereka pergi; (melainkan jika mereka berhenti dari menyerang kamu) mereka bolehlah ditahan ataupun dibunuh.

[33:62] Ini adalah sistem Allah yang berkekalan, dan kamu akan dapati bahawasanya sistem Allah itu tidak pernah berubah."

Akhirnya Dunia Di-Dedahkan

[33:63] Manusia menanyakan kepadamu tentang Waktu (akhirnya dunia). Katakanlah, "Ilmu pengetahuan tentangnya adalah bersama Allah. Bagi segala apa yang kamu ketahui, Waktu itu mungkin sudah dekat."

Pengikut Pengikut Berpaling Dari Ketua Ketua Mereka

[33:64] Allah telah mengutuk orang orang yang ingkar, dan telah menyediakan untuk mereka itu Neraka.

[33:65] Mereka akan tinggal didalamnya untuk selama lamanya. Mereka akan dapati tiada Tuhan, dan juga penyokong.

[33:66] Dihari yang mereka itu akan dibuangkan kedalam Neraka, mereka akan berkata, "Oh, kami ingin kalaulah kami menta'ati Allah, dan menta'ati rasul."

[33:67] Mereka juga akan berkata, "Tuhan kami, kami telah menta'ati tuan tuan dan ketua ketua kami, tetapi mereka telah menyesatkan kami.

[33:68] "Tuhan kami, berikanlah mereka hukuman yang dua kali ganda, dan sumpah kanlah mereka dengan sumpahan yang amat dahsyat sekali."

[33:69] Wahai orang orang yang percaya, janganlah jadi seperti orang orang yang menyakiti Musa, lalu Allah membebaskannya dari apa yang mereka katakan. Dia adalah disisi Allah, seorang yang mulia.

[33:70] Wahai orang orang yang percaya, hormatilah Allah dan cakaplah hanya dengan percakapan yang betul.

[33:71] Barulah Dia akan membaikikan kerja kerja kamu, dan mengampuni dosa dosa kamu. Sesiapa yang menta'ati Allah dan rasulNya telah berjaya dengan kejayaan yang terbesar.

Kebebasan Memilih

[33:72] Kami telah menawarkan tanggungjawab (bagi kebebasan memilih) kepada sekelian cekrawala dan bumi,dan gunung gunung, tetapi semuanya menolak dari tanggungan itu, dan amat takut terhadapnya, tetapi manusia menerima nya; dialah orang yang melampaui batas, dan penuh kejahilan.

[33:73] Tidak dapat dielakkan lagi yang Allah akan menghukumkan lelaki lelaki hypokrit dan perempuan perempuan hypokrit, dan lelaki lelaki yang menyekutukan (Allah) dan perempuan perempuan yang menyekutukan. Allah menyelamatkan lelaki lelaki percaya dan perempuan perempuan yang percaya. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi yang Maha Penyayang.