Al-Quran 33:20 — Parti Parti (Al- Ahzab)
Mereka berfikir yang parti parti itu mungkin akan kembali semula. Dengan keadaan yang demikian, mereka berharapan supaya mereka dapat menghilang dipadang pasir, dan hanya mahu menanyakan berita berita tentang kamu dari jauh saja. Kalaulah sebenarnya parti parti itu menyerang kamu semasa mereka bersama sama kamu, mereka jarang sekali akan membantu kamu.
[33:19] Juga, mereka itu amatlah kikir apabila berurusan dengan kamu. Jika sesuatu keadaan yang membahayakan komuniti, kau akan lihat dimata mata mereka itu penuh dengan ketakutan, seolah olah kematian telah pun datang kepada mereka. Apabila saja krisis itu telah berakhir, mereka akan menyindir kamu dengan lidah lidah mereka yang tajam itu. Mereka itu amat kikir dengan kekayaan mereka. Mereka ini bukanlah orang orang yang percaya, dan akibatnya, Allah telah membatalkan kerja kerja mereka. Ini amatlah mudah bagi Allah melakukannya.
[33:21] Rasul Allah telah menunjukkan contoh yang baik bagi orang orang diantara kamu yang ingin mencari Allah dan Hari Akhirat, dan sentiasa mengingati akan Allah.