Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 33:49 — Parti Parti (Al- Ahzab)

Wahai orang orang yang percaya, jika kamu mengahwini wanita wanita yang percaya, lalu menceraikan mereka sebelum mengadakan perhubungan seks dengan mereka, mereka tidaklah berhutang dengan kamu untuk menunggu masa iddahnya (sebelum mengahwini lelaki lain). Kamu mestilah memberikan bayaran ganti rugi dengan seksamanya, dan biarkanlah mereka pergi dengan baik.

[33:48] Janganlah menta'ati orang orang yang ingkar dan orang orang hypokrit, jangan perdulikan segala sindiran mereka, dan letakkan kepercayaan kamu kepada Allah; sesungguhnya, cukuplah Allah sebagai penyokong.

[33:50] Wahai nabi, kami menjadikan halal bagimu keatas isteri isterimu yang mana kau telah membayar mas kahwin mereka, ataupun apa yang kau telah punyai, yang telah diizinkan untukmu oleh Allah. Dan juga sah bagimu untuk mengahwini anak anak perempuan adik beradik lelaki kepada bapamu, anak anak perempuan adik beradik perempuan kepada bapamu, anak anak perempuan adik beradik lelaki kepada ibumu, anak anak perempuan adik beradik perempuan kepada ibumu, dan yang berhijrah bersama samamu. Juga, jika perempuan yang percaya memberikan dirinya kepada nabi dengan- merelakan mas kahwinnya - nabi bolehlah mengahwininya dengan tidak perlu membayarkan mas kahwin, jika sekiranya dia setuju. Bagaimanapun, kerelaannya berkenaan mas kahwin hanyalah diizinkan bagi nabi sahaja, dan bukannya untuk orang orang percaya yang lain. Kami telah mendekrikan hak hak mereka berkenaan pasangan pasangan mereka ataupun apa yang mereka telah punyai. Ini adalah untuk memeliharakan kamu dari rasa malu. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.